Friday, November 13, 2009

ZINA : RENDAHNYA NILAI HARGA DIRI

Memelihara nasab (keturunan) merupakan antara lima perkara penting yang wajib dijaga dalam Islam. Oleh sebab itu, Allah swt begitu tegas melarang hamba-hambaNya melakukan penzinaan. Hal ini kerana, zina merupakan perbuatan keji yang boleh merosakkan maruah, keturunan dan seterusnya meruntuhkan institusi sesebuah keluarga dan komuniti manusia.

Zina itu secara umum dan menyeluruh bolehlah ditakrifkan sebagai :

"Persetubuhan haram yang sengaja antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang syubhah"

Allah berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 32 :

Maksudnya:Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).

Allah swt Maha Bijaksana, "janganlah kamu menghampiri zina" merupakan ayat yang paling tepat dalam memelihara hubungan antara lelaki dan perempuan. Menurut tafsir kebanyakan ulama' berdasarkan ayat di atas, bukan zina sahaja yang HARAM, segala perkara yang membawa ke arah zina juga HARAM.
Ada antaranya yang menjawab :
“ Ala, kami sembang je, studi sama-sama, bukan nak sentuh-sentuh, bukan nak cium-cium”

Dalam semua perkara yang terjadi dalam dunia ini, tidak ada yang tiba-tiba terus berlaku. Pokok, tidak akan terus jadi pokok yang tinggi, bercabang dan terus berbunga. Kalau kita lihat pula kejadian manusia itu sendiri, bukannya lahir sahaja terus jadi dewasa...kena bermula dengan bayi kecil, kanak-kanak, remaja dan seterusnya barulah menjadi dewasa.

Analogi ini cuba dibandingkan dengan ZINA. Seorang lelaki atau perempuan yang baru berkenalan..bercinta..kalau terus diajak berzina..confirm dia tolak. Berzina ada gerak langkahnya. Boleh bermula dengan seringan-ringan chatting...kemudian, sedetik pertemuan..selepas itu, sehalus-halus sentuhan...yang akhirnya akan membawa kepada 'kejayaan besar' bagi syaitan durjana iaitu bila kedua-dua anak Adam melakukan ZINA. Wa'iyazubillah.

bertentang mata > tegur menegur > berbual mesra > bersms dan bergayut > ajak keluar shopping > berdua-duaan di tempat awam > berdua-duaan dalam kereta > bersentuhan > berciuman > BERZINA.

Begitulah liciknya syaitan dalam menghasut manusia yang sememangnya janji yang tidak akan syaitan mungkiri, iaitu berusaha menjadikan anak Adam bersama dengannya di neraka. Dalam hal zina, perempuan tidak akan rasa dirinya 'murah'..tapi, dia akan rasa dia 'disayangi'. Lelaki pula akan rasa dirinya 'hebat'. Astaghfirullahal'azhim...

Sedangkan, perempuan sebegini bolehlah diumpamakan seperti barangan jualan murah yang dilonggok di pasaraya-pasaraya. Sesiapa sahaja boleh sentuh..pegang..periksa..ramas...tauke kedai tidak akan marah..sebab barang tu memang murah. Cuba kita lihat barang yang mahal-mahal..rantai emas berlian umpamanya...tauke kedai akan simpan dalam kaca yang berkunci..orang boleh lihat saja, tak boleh pegang. Kalau tak ada duit nak beli, nak tengok pun rasa malu. kalau ada duit pula, nak tengok kena minta izin dulu... Begitulah ibaratnya barang murah dan mahal dengan perempuan yang rendah nilai harga dirinya...berbanding perempuan yang tinggi nilai harga dirinya.

CHATTING >>>>>> DATING >>>>>> BUNTING

Sesiapa yang terasa terhina dengan perbandingan ini...Ingatlah! Allah lebih dahulu melaknat mereka yang melakukan zina terkutuk ini dan segala perkara yang menghampirinya.. Tetapi, jika mereka bertaubat..Allah la yang lebih dahulu akan memuliakan mereka.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah..
Mari kita kembali kepada Allah...Sama-sama kita ingat tujuan asal kenapa Allah izinkan kita menapak di bumiNya. JANGAN SOMBONG DENGAN ALLAH. Malulah dengan Allah yang memberi kita tangan..tapi kita gunakan tangan untuk melakukan maksiat... Allah beri kita kaki.. tapi langkah kita pula ke tempat-tempat maksiat.. Apa jadi jika Allah ambil balik semua yang Allah pinjamkan? Barulah kita, tidak henti-henti ber 'kalaulah.... '. Bertaubatlah sebelum terlambat. Allah sentiasa melebarkan rahmatNya untuk menerima taubat di waktu malam dan siang. Carilah kebahagiaan yang hakiki. Kebahagiaan itu letaknya pada hati yang bersih. Sama-sama berusaha 'membersihkan' hati kita agar hati kita tidak mati. InsyaAllah..

Saturday, November 7, 2009

HELAH MENCULIK KANAK-KANAK DI CARREFOUR JB

Saya terkejut berbaur kerisauan sedikit bila membaca satu emel yang dikirim oleh seorang sahabat. Kisah ini adalah kisah benar yang wajar untuk kita kongsi dan sebar. Mesej ini dikirim oleh Saudara Mohd Rizzwan Mohmad daripada Kementerian Wilayah Persekutuan. Harap cerita ini kita jadikan iktibar terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil...

Message: Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih ..

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.
Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya. Siapa pun yang melakukannya iaitu yang menculik lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya boleh dilakukan kurang daripada 10 minit. Ini buat saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar. Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas. SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

P/s Astaghfirullahalazhim......manusia jenis apa sanggup buat macam ni. Bila tidak ada lagi ketakutan kepada Allah dan hari pembalasan...beginilah jadinya, sehingga ada yang rela meletakkan dirinya lebih rendah daripada haiwan. Orang-orang yang samseng ni lupa pada Allah yang lebih hebat dan boleh berbuat apa untuk membalas segala perlakuan buruk manusia yang melanggari undang-undang Allah swt.

KITA WAJIB KEMBALI KEPADA ALLAH... PERUNDANGAN CIPTAAN MANUSIA TERBUKTI MEMBAWA LEBIH KEHANCURAN DAN KEBINASAAN...DAULATKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DI TEMPAT TERATAS... TIDAK ADA UNDANG-UNDANG SELAIN UNDANG-UNDANG ALLAH....MELAINKAN IANYA HANYALAH HAWA NAFSU SEMATA-MATA...

Ya Allah ya Rabbi..lindungilah anak-anakku. Jauhilah mereka daripada segala mara bahaya..Tidak ada lah daya upaya dan kekuatan kami..melainkan hanya Kau yang Maha Berkuasa ya Allah...Amin ya Rabbal 'Alamin...

Saturday, October 10, 2009

BACAAN SURAH PILIHAN UNTUK IBU MENGANDUNG

SURAH-SURAH BACAAN KETIKA MENGANDUNG

  • Surah Al-Fatihah

    Untuk terang hati & kuat ingatan

  • Surah Maryam

    Untuk memudahkan ibu bersalin &

    m'perolehi anak yg sabar & taat

  • Surah Luqman

    Untuk memperolehi anak yg cerdik akal &

    Cerdik jiwa

  • Surah Yusuf

    Untuk memperoleh anak cantik rupa & cantik akhlak

  • Surah Hujurat

    Untuk memperbanyakkan air susu ibu & anak bersifat berhati-hati

  • Surah Yaasin

    Untuk ketenangan hati & anak tidak terpengaruh dgn godaan syaitan yg mengajak kpd maksiat

  • Surah At-Taubah

    Untuk membersih jiwa & terpelihara drpd maksiat

  • Surah An-Nahl

    Untuk melahirkan anak yg bdisiplin

Selamat beramal ;-)

MASALAH-MASALAH KETIKA MENGANDUNG DAN TIPS MENGATASINYA

Pengalaman pertama mengandung sering dihujani pelbagai persoalan. So, saya teruja untuk mengupas sedikit tentang persoalan ini apabila ada yang bertanya dalam cBox kat sebelah kanan blog ini. Tahniah kpd bakal2 ibu
kerana diberi peluang yang hebat oleh ALLAH swt..Dapat melahirkan zuriat keturunan sendiri merupakan nikmat kegembiraan yang tidak terhingga dan mesti disyukuri. Syukur bukan hanya sekadar lafaz kata-kata sahaja, tetapi juga merangkumi penjagaan peribadi, amalan kerohanian, pemakanan dan kesihatan. Mudah-mudahan berkat usaha kita, lahirlah anak yang soleh dan solehah yang merupakan amanah Allah swt. Segala permasalahan yang timbul semasa mengandung, hendaklah diatasi dengan penuh sabar dan redha. Di samping itu, ilmu amat penting bagi memastikan tindakan kita benar-benar sesuai dengan tuntutan penyelesaian setiap permasalahan. Contoh-contoh masalah yang sering dialami oleh ibu yang mengandung ialah:

1. RASA MUAL ATAU LOYA

  • Memang menjadi kebiasaan bg ibu yg mula mengandung
  • Cara atasi : i) minum air suam. Elakkan minum air yg mngndungi lemak spt susu dan kacang soya.

    ii) Makanlah asam (sedikit) dan bisukut keras sejam sekali.

2. SAKIT TULANG PINGGANG, PUNGGUNG DAN BAHU

  • Punca sakit pinggang krn tindakan hormon yg mlembutkan ligamen (tisu pghubung yg mnghubung bhgn2 bdn spt antr tulang dgn tulang) mnjadi tegang krn gaya dan kedudukan tubuh yg tidak baik.
  • Cara atasi : i) menguatkn otot2 dgn gerakan pinggang scr perlahan2 ii) Renggangkan kaki & bengkokkan lutut iii) tidur atas tilam yg mampat. Sblm bangun, pusing badan mengiring. iv) elakkan pakai kasut tumit tinggi

3. KEJANG OTOT

  1. - biasanya, kejang otot kaki atau betis krn berdiri trlalu lama atau cuaca yg terlalu sejuk

    - juga berpunca drpd pendarahan yg kurang baik, kurang kalsium atau fosforus

    - biasa berlaku pd pertengahan atau akhir kehamilan

    - Cara mengatasi : i) bergilir2 antr berdiri dan duduk

    ii) bersenam dan byk mkn mknn yg kaya dgn vitamin B spt roti, hati dan sbginya.

    iii) mkn makanan yg tinggi kalsium (susu, telur, tauhu, mknn laut & sayuran hijau)

    iv) jgn blebihan minum suus krn bimbang lebih serapan fosforus

    v) sapu minyak panas atau minyak kayu putih atau minyak angin dan sbaginya

4. PENING ATAU PITAM

  • Puncanya berdiri terlalu lama atau bilik trlalu panas, kurg udara, kurang darah atau tekanan darah rendah.
  • Klu tpaksa jugak berdiri, spt guru umpamanya, pindahkan berat badan dr sebelah kaki kpd kaki lain bergilir2.
  • Elakkan baring terlentang, krn bebanan rahim akan menekan saluran darah utama dan melambatkan pusingan darah ke jantung
  • Letakkan bantal di belakang ketika baring
  • Berbaringlah scr mengiring
  • Ketika ingin bgun, bgun la perlahan2 krn ketika anda berehat, keadaan tekanan darah anda menjd rendah
  • Elakkan bilik tlalu panas dan tertutup yg mghlg udara keluar masuk

5.KELETIHAN

  • Ibu-ibu yg sedang mengandung mudah berasa letih dan cepat penat.
  • Cara atasi ; i) mkn mkanan yg cukup & berzat

    ii) tidur mesti cukup. Ibu mngandung juga sering berasa mengantuk pd waktu siang hari

  • Klu ingin tidur utk berehat, ambil masa yg baik, spt sblm zohor (masa qailullah)

  • Elakkan tidur selepas waktu subuh, lepas asar atau maghrib
  • Elakkan juga tidur slps mkn

6. SEMBELIT

  • Punca sembelit mungkin disebabkan oleh bbrp factor spt factor makanan, usus yg lemah memproses mkann, kurg bhn pghadaman, rahim yg membesar menekan usus besar dan lain2 faktor.
  • Cara atasi : i) byk mkn mknan yg mlawaskn spt salad, buah-buahan, roti, beras ceruh, minum byk air (6-7 gelas sehari)
  • Jgn tergesa2 membuang air besar@air kecil dan elakkan meneran sms membuang air (memaksa utk membuang air).

P/s Contoh-contoh masalah di atas merupakan masalah-masalah umum bagi ibu-ibu yg mengandung. Tetapi, sekiranya ibu-ibu mengalami penyakit atau gangguan yg luar biasa, segeralah berjumpa doktor. Kpd suami, jagalah isteri baik2..ibu mengandung ni perlu sokongan yg padu dr suami..barulah ibu ceria dan snetiasa berfikiran positif. Anak yg bakal lahir pun akan menjadi anak yg positif. InsyaAllah. Semoga tips ini dpt member manfaat ;-)

Friday, October 9, 2009

CARA MENDIDIK ANAK DALAM KANDUNGAN

Bismillahirrahmanirahim…

Assalamualaikum wbt… Tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah kahwin baru-baru ini dan telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menjadi ibu . Termasuklah kedua-dua adik saya ;-) Alhamdulillah..saya turut berkongsi kegembiraan ini. Mudah-mudahan anak yang bakal lahir mampu menggegar dunia sebagai seorang mujahid dan mujahidah. InsyaAllah…. TAKBIR!!!

IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR


TANDA

CONTOH

KESAN

NEGATIF

Ibu bapa sering bergaduh

Anak menjadi ganas dan panas baran

POSITIF

Ibu bapa sering bersedekah

Hati anak lembut

NEGATIF

Ibu mengidam benda pelik

Petanda tidak baik terhadap sikap anak

POSITIF

Ibu tidak meninggalkan solat

Anak mudah mendapat hidayah

NEGATIF

Ibu bermain kayu tiga

Anak menjadi penderhaka dan penggemar maksiat

POSITIF

Ibu sering membaca Al-Quran

Dapat anak yang bijak

POSITIF

Ibu mengawal emosi

Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan


Antara amalan-amalan semasa ibu mengandung :

  1. Mengamalkan solat wajib dan sunat
  2. Mengamalkan zikir
  3. Membaca Al-Quran
  4. Mendengar muzik yang tenang
  5. Membaca buku-buku ilmiah
  6. Berbual dengan anak dalam kandungan
  7. Menjaga adab dan emosi
  8. Tidak tertekan atau stress
  9. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan
  10. Memakan makanan yang baik dari segi zahiriah dan batiniah (halalan toyyibah)
  11. Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya
  12. Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar.


p/s : Banyakkan bersabar dan istiqomah dalam amalan. Sememangnya, perwatakan ibu yang mengandung cukup mempengaruhi anak dalam kandungannya. Ingat Allah selalu… ;-)

Tuesday, October 6, 2009

PERMULAAN AGAMA...MENGENAL ALLAH





Awalluddin ma'rifatuLLah... Permulaan agama itu adalah mengenal ALlah.. Kenalkan anak-anak kita dengan lagu sebegini. Lentur jiwanya yang masih rebung dengan lagu-lagu yang mengenal Allah. Trend ibu bapa sekarang suka hantar anak-anak belajar di Tadika Cina dan ada juga yang hantar ke sekolah yang ditadbir spenuhnya oleh church. Kalau kat Sabah ni..itu perkara biasa. Tak tau pula di tempat lain. Mereka seolah-olah bangga kerana menghantar anak ke sekolah macam ini.

Memang budak itu (saya sendiri bercakap dengannya) petah bercakap dalam English..tapi, dalam kotak fikiran saya bermain-main..macammana dgn semangat cintakan Islam anak kecil ini? Permulaan dalam agama pula..apa yang dia kenal dulu?..Lantas timbul rasa kasihan dalam hati saya..anak itu masih kecil. Biar hatinya terdidik dengan mengenal Allah dan Rasulnya..kenal akan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Bukanlah niat untuk berprasangka..tapi, bukankah lebih baik kita hantar anak ke sekolah yang mengajar mendekatkan diri kepada Allah dan mengajar tanggungjawab sebagai seorang Muslim... Di Tawau nie..bertebaran Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).. berhampiran bandar ada..PASTI Jalan Kuhara... Taman-taman perumahan..PASTI Taman Ria, Megah Jaya dan Bandar Sri Indah..ceruk kampung pun ada..PASTI Batu Payung..PASTI Sri Gading.. Itu yang saya tau..

Mudah-mudahan berkat usaha kita mengharapkan yang terbaik untuk agama, dunia dan akhirat anak kita...Allah pasti mengabulkan permintaan dan lintasan hati kita yang ikhlas keranaNya.. Sama-sama kita mendidik anak-anak kita menjadi anak-anak yang cemerlang..bukan sahaja di dunia..malah di akhirat kerana yang utama dan lebih utama adalah pandangan ALLAH. InsyaALLah..

Jangan lupa untuk sentiasa lurus niat mengingati Allah dalam setiap yang kita lakukan...kerana kita hidup hanya untuk Allah. Mudah-mudahan segala dugaan dapat kita harungi dengan penuh REDHA-SABAR-SYUKUR...Syukur AlhamduLillah I'm a Muslim...and We are a Muslim...So, don't forget to say Bismillah in everything we do.


Tuesday, September 29, 2009

Tentang Puasa Enam Syawal

1. Hukumnya adalah sunat.

2. Bermula seawal 2 Syawal ataupun Hari Raya kedua kerana larangan berpuasa pada 1 Syawal. Nabi saw melarang berpuasa pada hari Aidilfitri dan Aidliadha (Hadis sahih Al-Bukhari)

3. Syarat dan adab adalah sama seperti puasa wajib Ramadhan.

4. Boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan cukup enam hari berpuasa sunat sebelum berakhirnya Syawal.

5. Namun, adalah afdhal untuk disegerakan puasa sunat ini berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud :
" Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa" (Surah Ali-Imran:133)

6. Rasulullah saw mensyaratkan, berpuasa Ramadhan terlebih dahulu, kemudian barulah iringi dengan enam hari dalam bulan Syawal.
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian mengiringi dengan enam hari dari bulan Syawal, maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun"

7. Pendapat bahawa menggabungkan puasa sunat dan Qada' akan diberi ganjaran kedua-dua pahala dengan puasa yang satu adalah tidak bersandarkan mana-mana dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Walaupun wujud beberapa khilaf ulama' dengan amalan puasa sunat dan qadha di bulan syawal, namun ana pilih pendapat yang rajih atau yang lebih utama untuk dipublishkan.

Oleh itu, lakukanlah puasa qada' dan sunat ini secara berasingan. Langsaikanlah dulu 'hutang Ramadhan' kerana kita tidak tahu masih ada kelapangan hayat dan kesihatan untuk kita di masa akan datang.

Lagi pula, apabila dipisahkan amalan sunat dengan wajib ini lebih mendekatkan diri kepada Allah kerana lebih menggambarkan kesungguhan kita untuk mencapai keredhaanNya.

Amalan sunat merupakan penampal kekurangan bagi amalan fardhu. Jadi, bagi yang bimbang akan tidak berkesempatan menunaikan puasa sunat enam syawal ini kerana busy dengan puasa qada'... Mudah-mudahan Allah beri ganjaran kerana niat dan kesungguhan kita.

Akhirul kalam, Sabda Rasulullah saw :

"Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat." (Sahih Al-Bukhari)

Edited dari sumber : http://www.hanan.com.my/article.php?sid=1903&mode=thread&order=0

Monday, September 7, 2009

AMALAN-AMALAN MALAM LAILATUL QADAR

Amalan-amalan yang diamalkan pada malamnya

1. Sembahyang sunat wudhuk.

2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar.

3. Membaca al-Quran.

4. Istighfar:




5. Zikrullah:



6. Bertasbih:








7. Selawat:



8. Sembahyang sunat tahajjud.

9. Sembahyang sunat tasbih.

Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca:




Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain."

Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah:



Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."

NUZUL AL-QURAN

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

Marilah kita sama-sama menghayati dan meningkatkan amal ibadah kita. Inilah tanda kasih Allah kepada hambaNya...

Sumber :

1. http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084

2. http://www.al-azim.com/masjid/ramadhan1425/nuzul/home.htm

Friday, August 28, 2009

UNTAIAN NASIHAT LUQMAN UNTUK BUAH HATINYA

SIAPAKAH LUQMAN?

Para ulama berselisih dalam masalah penamaan ayah dan nasabnya, kenabian dan profesion serta sifat-sifat fizikalnya. Al-Hâfizh Ibnu Katsîr Rahimahullah menjelaskan, ia adalah Luqmân bin ‘Anqâ bin Sadûn.Sebahagian besar ulama Salaf menyatakan, Luqmân Rahimahullah bukanlah nabi dan tidak pula mendapatkan wahyu, melainkan ia seorang wali Allah Subhanahu wa Ta'ala yang taat, shâlih, dan bijaksana, yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala berbagai keutamaan, berupa kecerdasan akal, kedalaman pemahaman terhadap Islam, sifat pendiam dan tenang, serta hikmah dalam berkata-kata.

Adapun mengenai pekerjaan Luqman Rahimahullah, di antara para ulama terjadi perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan, ia seorang budak hitam yang bekerja sebagai tukang kayu. Ada pula yang mengatakan sebagai penjahit. Ada pula yang mengatakan sebagai penggembala. Dan ada pula yang mengatakan sebagai Qadhi (hakim) di masyarakat Bani Israil. Sedangkan mengenai sifat-sifat fizikal beliau, banyak para ulama yang menjelaskan, ia adalah seorang budak Habsyah yang hitam, berbibir tebal, dan berkaki pecah-pecah.

Nasihat 1 :SYIRIK MERUPAKAN KEZHALIMAN YANG AMAT BESAR

Dan (Ingatlah) ketika Luqmân berkata kepada anaknya, ketika ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezhaliman yang besar”. (Qs. Luqmân/31:13).

Pada ayat di atas, Luqmân Rahimahullah menasihati anaknya, Tsarân agar tidak berbuat syirik. Sebagai seorang ayah yang telah dikurniai Allah Subhanahu wa Ta'ala sifat bijaksana dan kemampuan berkata-kata dengan kedalaman makna dan penuh hikmah, Luqmân memberi sebuah nasihat sangat berharga untuk buah hatinya yang sangat ia sayangi.

Dia menasihati anaknya agar tidak menyekutukan Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan sesuatu apapun, karena syirik merupakan kezhaliman yang amat besar. Kerana dalam perbuatan syirik ini tidak ada suatu pun perbuatan dosa yang lebih besar dan buruk daripada dosa menyekutukan Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan makhluk-Nya, dosa menyamakan derajat Allah Subhanahu wa Ta'ala yang Maha Sempurna dan Yang Maha berhak untuk disembah kerana kesempurnaan sifat-sifat-Nya; dengan makhluk-Nya yang sarat kekurangan dan kelemahan.

Oleh sebab itu, Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan mengampuni dosa seseorang yang berbuat syirik, jika ia mati dalam keadaan belum bertaubat dari perbuatan syiriknya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang maksudnya :

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (Surah an-Nisâ‘/4:48).

Syirik merupakan kezhaliman yang sangat besar dan Keimanan seorang muslim tidak mungkin lurus dan benar jika masih tercampur dengan kezhaliman ini. Kerana tidak mungkin sebuah keimanan dan tauhid bercampur dengan kesyirikan dan kekufuran.

Ayat di atas juga memberikan isyarat yang jelas kepada para ayah atau orang tua, para guru, pengajar dan pembimbing secara umum, agar mereka menasihati anak-anaknya sejak awal lagi Yaitu dengan menanamkan dan memahamkan serta mengajarkan prinsip-prinsip dasar ke- Islaman dan keimanan, berupa aqidah atau tauhid. Hal ini pun telah dicontohkan oleh seorang ayah, pembimbing, dan guru yang terbaik, yaitu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam , tatkala beliau menasihati sepupunya, ‘Abdullah bin ‘Abbâs radhiallahu'anhu yang saat itu umurnya masih sangat muda.

‘Abdullah bin ‘Abbâs radhiallahu'anhuma berkata, yang artinya: Pada suatu hari, aku pernah dibonceng oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, dan beliau bersabda: “Wahai anak kecil, sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimat; ‘Jagalah Allah, niscaya Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, niscaya kamu akan mendapati-Nya di depanmu. Jika kamu ingin meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan jika kamu ingin memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, sesungguhnya jika seluruh umat bergabung untuk memberikan sebuah manfaat kepadamu, mereka semua tidak akan boleh memberikan manfaat itu kecuali jika Allah telah menetapkannya untukmu. Dan jika mereka semua bergabung untuk memberikan sebuah mudharrat/ bahaya kepadamu, mereka semua tidak akan bisa memberikan madharrat/bahaya itu kecuali jika Allah telah menetapkannya (pula) untukmu. Pena telah diangkat, dan buku catatan (amal) telah kering’.”


Nasihat 2:WAJIB BERBAKTI DAN TAAT KEPADA ORANG TUA SELAMA PERINTAHNYA TIDAK MENYALAHI SYARIAT

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Surah Luqmân/31:14-15).

Pada ayat ke-14 dan ke-15 surat Luqmân ini, setelah Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan kita untuk memenuhi hak-Nya dengan beribadah hanya kepada- Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, kemudian Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan kita untuk memenuhi hak orang tua, dengan berbakti dan taat kepadanya selama perintah mereka tidak menyelisihi syariat. Kita diperintah untuk berbuat baik dan berbakti kepada kedua orang tua, kerana merekalah yang menyebabkan kita ada di dunia ini dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala; dan terlebih lagi berbakti kepada ibu, kerana, ibu telah mengandung kita, merasakan payahnya ketika kita masih berada di dalam perutnya. Hingga akhirnya melahirkan kita dengan menahan rasa sakit yang luar biasa. Ibu mempertaruhkan nyawa demi keselamatan kita. Tidak hanya sampai di situ, ibu juga menyusui kita, mengurus dengan sabar, hingga dalam jangka waktu dua tahun. Sampai akhirnya kita tumbuh berkembang, kuat dan dewasa. Demikian pula dengan ayah, ia telah membanting tulang mencari nafkah untuk memenuhi keperluan kita dan ibu.

Oleh kerana itu, sudah semestinya jika taat dan berbakti kepada orang tua merupakan kewajiban yang harus dilaksanakan setiap anak. Tentunya, kewajiban tersebut berlaku selama bakti dan ketaatan terhadap perintah mereka berdua tidak menyelisihi atau menyalahi syariat. Hal ini banyak diterangkan dalam Al-Qur‘ân maupun hadits-hadits shahîh, di antaranya seperti firman-Nya berikut:

Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Surah al-’Ankabût/29:8).

Namun begitu, ada juga yang bertanya, "bagaimana pula kalau ibu bapa kami ni garang sangat, salah sikit mesti marah? kadang2 sampai saya tak tahan, lalu turut meninggikan suara dengan mak bapa saya?" Astaghfirullahal'azhim... bagi mereka yang turut mempunyai pengalaman yang sama seperti ini, kita kena ingat, Allah takdirkan sesuatu mesti ada sebabnya...bukan untuk bermain-main...semua ini adalah ujian Allah swt untuk meningkatkan lagi darjat keimanan kita. Sesungguhnya SABAR itulah yang paling baik.

Sedangkan jika ibu bapa kita mengajak kepada kemaksiatan, malah kekufuran pun kita tidak boleh mengasari mereka melainkan menolak dengan cara yang baik.

Kalau sekarang, kita tidak rasa bahagia sebab mempunyai ibu bapa seperti itu dan ini...
YA! memang..sebab manusia tidak boleh sama sekali membahagiakan kita...kebahagiaan itu datangnya daripada ALLAH swt. Dan, kepada mereka yang merasa begitu bahagia dengan ibu bapanya..Ingat! dan bersyukurlah! Sesungguhnya semua itu adalah kehendak Allah yang dalam batasan Allah jua.

Sebagai contoh, seperti yang telah dilakukan oleh Sa’ad bin Abi Waqqâsh radhiallahu'anhu , ketika sang ibu memaksanya murtad dari Islam. Para ulama berpendapat, ayat ke-8 surah al-’Ankabût, dan ayat ke-14 dan ke-15 surat Luqmân ini di atas turun dengan sebab kisah Sa’ad bin Abi Waqqâsh radhiallahu'anhu.

Dalam Shahîh Muslim, dari Sa’ad bin Abi Waqqâsh radhiallahu'anhu, beliau berkata yang artinya :

Ibu Sa’ad (bin Abi Waqqâsh) bersumpah untuk tidak berbicara dengannya selama-lamanya sampai Sa’ad kufur (keluar) dari agamanya (yaitu, Islam). Dia pun bersumpah untuk tidak mau makan dan minum. Dia berkata: “Kamu mengatakan bahwa Allah memerintahkanmu untuk taat/berbakti kepada kedua orang tuamu, sedangkan aku adalah ibumu, dan aku memerintahkanmu untuk kufur (dari Islam)”. Ibu Sa’ad pun bertahan (tidak makan dan minum) selama tiga hari, hingga ia pengsan kerana kepayahan. Maka salah satu anaknya yang bernama ‘Umarah memberinya minum. Ibu Sa’ad pun mendoakan keburukan untuk Sa’ad, maka Allah 'Azza wa Jall menurunkan dalam Al-Qur`ân ayat ini: “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, Hanya kepada- Kulah kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutu- kan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik”.

Oleh kerana itu, bagaimanapun keadaan orang tua, kita diwajibkan oleh Allah 'Azza wa Jalla untuk taat dan berbakti kepada mereka, selama bukan merupakan perkara maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika orang tua memerintahkan kita untuk bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka tidak ada kewajiban untuk mentaati perintah mereka. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah bersabda:

… Sesungguhnya ketaatan hanya dalam hal yang baik.

Baginda Shallallahu 'alaihi wa Sallam juga bersabda:

… Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Pencipta (Allah Subhanahu wa Ta'ala ).



Nasihat 3: LUQMAN RAHIMAHULLAH MENANAMKAN AQIDAH KEPADA PUTRANYA TENTANG KEKUASAAN ALLAH YANG MUTLAK DAN ADANYA HARI PEMBALASAN

(Luqmân berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nesaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (Qs. Luqmân/31:16).

Pada ayat ke-16, Luqmân kembali menasihati putranya, bahwa sekecil apapun perbuatan seseorang, baik berupa ketaatan maupun kemaksiatan, pasti Allah Subhanahu wa Ta'ala akan membalasnya. Perbuatan baik, maka balasan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala pun baik. Jika perbuatan tersebut buruk, maka balasan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala pun demikian. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun, dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya, dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan. (Qs. al-Anbiyâ‘/21:47).

Maka, tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi dari pandangan Allah 'Azza wa Jalla. Oleh karena itu, di akhir ayat 16 surat Luqmân ini, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

Nasihat 4: LUQMAN RAHIMAHULLAH MEMERINTAHKAN PUTRANYA UNTUK MENEGAKKAN SOLAT, MENEGAKKAN AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR DAN BERSABAR TERHADAP MUSIBAH

Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). (Qs. Luqmân/31:17).

Luqmân memerintahkan si anak untuk solat, karena merupakan ibadah yang paling penting. Selanjutnya, memerintahkan amar ma’ruf nahi mungkar. Perintah ini menuntut seseorang agar mengetahui perkara-perkara yang ma’ruf dan kemungkaran, serta sifat pendukungnya, yaitu kelembutan dan kesabaran. Lantaran pasti akan menghadapi cubaan saat menjalankan amar ma’ruf dan nahi munkar, Luqmân memerintahkan supaya bersabar. Perkara-perkara ini termasuk ‘azmil-umûr (perkara besar lagi perlu perhatian lebih), hingga tidak ada yang memperoleh taufik untuk menjalankannya kecuali orang-orang yang benar-benar bertekad.

Secara khusus, mengenai pembinaan anak-anak untuk mengerjakan solat sejak dini, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

Perintahkan anak-anak kalian untuk melakukan solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka (jika tidak mau melakukan solat) ketika berumur sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur mereka.


Nasihat 5 : LUQMAN RAHIMAHULLAH MENGAJARKAN KEPADA PUTRANYA AGAR TIDAK SOMBONG, ANGKUH DAN TIDAK MEMBANGGAKAN DIRI

Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. (Qs. Luqmân/31:18)

Dalam ayat lain, Allah 'Azza wa Jalla telah berfirman:

Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekalikali kamu tidak akan sampai setinggi gunung. (Qs. al-Isrâ‘/17:37).

Dan sungguh, nasihat Luqmân ini pun telah diajarkan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam untuk kita, seperti ditunjukkan beberapa hadits berikut. Hadits ‘Abdullah bin Mas’ûd radhiallahu'anhu , Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

Tidak (akan) masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sekecil dzarrah dari kesombongan”. (Kemudian) ada seorang yang berkata: “Sesungguhnya seseorang senang jika bajunya bagus dan seliparnya bagus,” (maka) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah, dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain”.

Hadits Abu Hurairah radhiallahu'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

Tatkala seorang berjalan dengan angkuh sombong dengan mengenakan dua lapis pakaiannya, maka Allah benamkan dia ke dalam bumi. Dia pun terus demikian naik turun di dalam bumi sampai hari kiamat.

Hadits Hâritsah bin Wahb al-Khuzâ’i radhiallahu'anhu , ia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

“… Maukah aku beritahu kalian; siapakah penghuni neraka?” Mereka menjawab: “Tentu”. Rasulullah bersabda: “Setiap orang yang kasar, tamak/serakah dan sombong”.

Nasihat 6: LUQMAN RAHIMAHULLAH MENGAJARKAN KEPADA PUTRANYA AGAR TAWAADHU’, BERLAKU TENANG DAN TIDAK MENINGGIKAN SUARA

Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buru

k suara ialah suara keledai. (Qs. Luqmân/31:19).

Pada ayat ke-19, Luqmân juga menasihati putranya untuk tawâdhu’ (rendah hati), tenang, tidak tergesa-gesa dan tidak terlalu lambat dalam berjalan. Dia juga menasihati anaknya untuk tidak berlebih-lebihan dalam berbicara, dan tidak meninggikan suara untuk sesuatu yang tidak ada manfaatnya pada pembicaraan tersebut. Sampai-sampai Luqmân mengumpamakannya dengan suara keledai yang buruk.

Al-Hâfizh Ibnu Katsîr rahimahullah berkata: “Seburuk-buruk perumpamaan orang yang meninggikan suaranya adalah bagaikan keledai dalam ringkikannya. Selain itu, suara ini pun dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala “.



KAJI KESAN TERAPI WUDHUK UNTUK TANGANI H1N1

Penyakit selesema babi yang agak membimbangkan ini seharusnya membuka minda kita, mata kita dan hati kita untuk lebih dekat dengan Allah swt. Allah swt yang turunkan penyakit...dan Allah swt juga menyediakan penawarnya. Yang paling beruntung ialah orang-orang yang bertaqwa. Bila Allah swt uji dengan pelbagai macam ujian kesenangan, kesakitan, kesusahan...namun, hati tetap mengingati Allah swt. Kerana datangnya kita daripada Allah...pasti akan pergi kepada Allah jua... Mudah-mudahan artikel ini dapat membawa kita mengenali Allah melalui ciptaanNYa..


Sebagai umat Islam, kita diajar bahawa solat itu tiang agama. Dalam penghuraian lebih panjang, para ulama dan tok-tok guru menyebutkan bahawa sebagai tiang, maka sesiapa mendirikan solat bererti dia mendirikan agama. Sebaliknya, jika ia meninggalkan solat seolah-olah dia meruntuhkan agamanya.


Huraian itu sebenarnya bersandarkan sebuah hadis Nabi Besar Muhammad s.a.w. Ia dipetik sebahagian besar ulama dan diletakkan sebagai hujah paling kuat memastikan solat dikerjakan umat Islam.

Kita juga sering dibacakan petikan ayat-ayat al-Quran yang memperihalkan kelebihan-kelebihan lain dari ibadat solat. Antaranya yang paling masyhur ialah janji Allah di dalam al-Quran bahawa solat itu mampu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar (baca Surah al-Ankabut 29:45).
Malangnya, tidak semua yang mengamalkan ibadat rukun Islam itu berupaya mendapat hasil seperti disebutkan. Sebegitu ramai yang bersolat, tetapi dalam kehidupan seharian mereka gagal mempamerkan tindakan sebagai seorang yang bebas dari melakukan kekejian dan kemungkaran.

Begitu juga dengan janji Allah menerusi firmanNya yang mengaitkan zikrullah sebagai terapi menenang dan mententeramkan hati (baca Surah ar-Ra'd 13:28). Sekali lagi, di antara ibadat yang disarati zikrullah adalah solat. Maka secara logiknya, seseorang yang menyempurnakan solatnya akan memperolehi suatu tahap ketenangan hati.

Malang lagi, kita tidak perlu bersusah-payah membuktikan hakikat betapa sebegitu ramai umat Islam yang bersolat tetapi tidak menzahirkan tindakan atau amalan hidup sebagai seorang yang tenang dan tenteram hatinya.

Kita berhak mempersoalkan di mana silapnya. Namun ia tidak sepatutnya melarat kepada mempersoalkan kebenaran janji-janji Allah tadi. Maha Suci Dia dari segala kelemahan dan Dia juga Maha Menepati janjiNya.

Cuma, dalam dunia sains dan teknologi kini, hampir segala dakwaan tentang kebaikan sesuatu menuntut pembuktian secara saintifik atau berfakta. Maka mungkin wajar ada pihak melakukan kajian terperinci dan menyeluruh tentang kesan positif solat terhadap tabiat dan perlakuan umat Islam.

Alhamdulillah, setakat ini sudah ada pe
ngkaji menemui bukti kukuh secara saintifik bahawa amalan solat dapat menjadi terapi menyembuhkan penyakit yang dihidapi seseorang.
Akhbar harian pada 6 Ogos lalu memuatk
an laporan mengenai penemuan saintifik bahawa masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.

Khabar yang membanggakan umat Islam itu dibuktikan melalui kajian saintifik seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya (UM), Professor Madya Dr Fatimah Ibrahim. Menurutnya, selepas sebulan menjalani terapi solat yang diperkenalkan olehnya, dua lelaki menghidap masalah mati pucuk berjaya menunjukkan perkembangan positif.

Katanya, melalui terapi itu seseorang lelaki ya
ng memiliki masalah berkenaan perlu menunaikan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu. Mengambil kira gabungan amalan solat-solat fardhu dan sunat yang disyariatkan Islam, keperluan itu tidak sukar dipenuhi.

"Sebagai contoh seorang pesakit boleh menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas menunaikan solat Zohor untuk tujuan terapi itu,"jelasnya.
Difahamkan kajian itu adalah sebahagian daripada projek penyelidikan saintifik
universiti berkenaan mengenai kesan biologikal solat kepada tubuh badan manusia. Antara kajian lain di bawah projek itu adalah kesan positif solat kepada ketenangan minda, kesihatan jantung dan masalah sakit pinggang.
Terapi solat, sembuh penyakit
Kajian tersebut telah mengesahkan bahawa setiap pergerakan dalam solat merangsang otot lantai pelvik.
"Memang pakar perubatan mencadangkan lelaki mati pucuk melakukan senaman otot lantai pelvik, tetapi dengan bersolat otot berkenaan dapat diregangkan secara automatik," akui Dr Fatimah lagi.
Menurutnya, dua pesakit yang dimaksudkan tel
ah berjaya mengurangkan tahap mati pucuk selepas menjalani terapi solat selama sebulan dengan menunjukkan sedikit reaksi ketegangan zakar.
Tidak syak lagi penemuan saintifik ini ad
alah sesuatu yang membanggakan umat Islam. Tepat sepertimana disebutkan Dr Fatimah, "ini menunjukkan solat bukan sahaja ibadah wajib tetapi merawat fizikal dan minda".

Kini terhidang di hadapan kita satu lagi kejadian yang sepatutnya mendorong para pengkaji menggali kesan-kesan positif satu lagi ibadat Islam, iaitu wuduk. Sebegitu banyak hadis dan ayat al-Quran menyuruh kita mengambil wuduk. Matlamat utama perbuatan itu ialah untuk menyucikan diri, sama ada dari kekotoran lahiriah mahu pun batiniah.
Sebegitu banyak juga hadis Rasulullah s.a.w. menerangkan fadhilat atau kelebihan wuduk. Antaranya disebutkan tentang cahaya dari muka orang yang berwuduk itu akan
menerangi hidupnya di alam barzakh. Titisan air wuduk dari anggota yang dibasuh pula dikaitkan dengan penyucian dosa.

Wuduk juga dikaitkan dengan amalan yang mendorong kesihatan kepada pengamalnya. Apatah lagi ia merupakan salah satu di antara perb
uatan bersuci dalam Islam. Seseorang yang sering berwuduk akan memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan bersih, paling tidak pada anggota wajib wuduk, iaitu tangan, muka dan kakinya.Sebab itu apabila dinilai syor badan kesihatan dunia dalam menangani penularan wabak selsema babi (H1N1) kini, beberapa langkah disebutkan itu tidak lari dari perbuatan utama dalam berwuduk. Antaranya ialah membasuh tangan, membersihkan mulut dan hidung.
Selain tiga pancaindera ini merupakan sebahagian daripada muka yang wajib dibasuh ketika berwuduk, Islam juga mensyariatkan membasuh tangan hingga ke siku. Disunatkan juga orang berwuduk itu berkumur-kumur dan melakukan istinsyak, yakni menyedut air ke hidung dan menghembuskannya kembali (untuk menyucikan rongga hidung), selain memulakan wuduk dengan membasuh pergelangan tangan.

Selain ketika berwuduk, Rasulullah s.a.w. turut mengesyorkan umat Islam (amalan sunat) membasuh tangan dan menyucikan rongga hidung sebelum melakukan apa-apa yang lain sebaik bangkit dari tidur. Ada hadis menyebutkan "kita tidak tahu ke mana tangan kita pergi semasa tidur", dan "hidung sebagai tempat tidur syaitan tatkala kamu tidur".

Kesan positif ajaran dan amal ibadat dalam Islam terhadap manusia memang sudah dijangkakan. Sebagai umat Islam kita diyakinkan menerusi sebegitu banyak firman Allah dan sabda Junjungan Muhammad s.a.w. yang menegaskan kelebihan dan manfaat setiap ibadat yang kita laksanakan.

Sememangnya bagi seorang yang benar imannya terhadap Allah, dia tidak memerlukan bukti kajian saintifik atas sesuatu ibadat atau amalan Islam sebelum melakukannya. Cukuplah ia diterima sebagai perintah Allah dan sabda Rasulullah s.a.w. yang mesti dipatuhi untuk mereka yakini bahawa kesemua perintah itu mengandungi segala macam hikmah dan manfaat yang tidak semestinya tergapai oleh pengkajian akal manusia.

Bagaimana pun, tidak salah bagi pakar perubatan dan ilmuan Islam kita mengambil kesempatan atas penularan wabak selsema babi kini untuk kita buktikan secara saintifik betapa amalan berwuduk yang diwajibkan Islam pada ketika tertentu dan disunatkan pada setiap masa itu sebenarnya terapi atau langkah preventif terbaik yang menepati ciri-ciri langkah pencegahan H1N1 disyorkan badan kesihatan dunia kini.

Sumber: http://harakahdaily.net/

Related Posts with Thumbnails

Click 'PLAY' for listening very nice Al-Quran recitations

Halwa Telinga Penyejuk Jiwa


width="228"height="128"name="FlashContent"allowscriptaccess="never" type="application/x-shockwave-flash" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer">
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity