Pernahkah anda rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya? Dipetik daripada www.iluvislam.com
Semua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa ada sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia dan ianya dapat dikesan oleh hati.
Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.'
Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat mahmudah(baik) maka hebatlah seluruh anggota badannya dan akan melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. Jika hati telah dikotori dengan sifat mazmumah(keji) maka rosaklah peribadi dan akhlak seseorang itu.
Hati adalah radar yang hebat untuk mengesan perbuatan manusia, sama ada mengesan perkara yang baik atau buruk. Apabila kita melakukan perbuatan yang berdosa, kita akan mudah untuk rasa berdebar-debar dan cemas.Seterusnya ia akan menyebabkan kita rasa gelisah dan tertekan.
Isyarat ini sebenarnya bertujuan untuk menyuruh supaya seseorang untuk kembali pada Allah. Apabila kita memohon keampunan dan bertaubat maka hati kita akan kembali tenang.Hati yang berpenyakit dari segi batin perlu dirawat seberapa segera kerana ianya bukan sahaja memberikan kemudaratan pada ketenteraman jiwa malah boleh menyebabkan penyakit pada anggota badan.
Bagaimana hati mendapat tenaga dan kekuatan?
Makanan hati adalah taqwa kepada Allah.Zikir, membaca Al-Quran, menuntut ilmu agama, memberi zakat, bersedekah dan berbaik sangka adalah makanan hati yang enak dan lazat. Jika hati tidak diberi makan, maka seseorang itu akan menghidap penyakit batin dan zahir.Dengan cara memberikan makanan pada hati,barulah seseorang berhak untuk memperolehi kebahagiaan.
Apakah cara untuk merawat hati yang berpenyakit dan menghidupkan hati yang mati?
Caranya ialah dengan bertaubat.Meminta keampunan, mengingati kematian dan sentiasa melakukan amal kebajikan.Ini akan memulihkan dan menghidupkan semula hati.
Hanya dengan mengingati Allah seperti dalam firman Allah;
'(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.' (Ar-Ra'd :28)
Apabila hati kita mendustakan ayat-ayat Allah maka termasuklah kita dalam kategori hati yang berpenyakit sepertimana firmanNya;
'Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.' (Al-Baqarah:10)
Oleh itu,apabila hati kita mengesan sesuatu yang tidak menyenangkan maka marilah kita segera kembali kepada Allah sebelum hati kita menjadi keras.Ingatlah pesananNya yang bermaksud:
'Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.'(Al-Hadid:16)
Tuesday, March 2, 2010
Hati Adalah Radar Yang Ajaib
Posted by
Shimah_Dzul
at
3/02/2010 10:46:00 AM
0
comments
Monday, March 1, 2010
SENTUHAN CINTA TULUS RASULULLAH SAW
Allahumma Sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaih....
Sedih sungguh melihat klip video kat bawah nie... Tersentuh jiwa ini...
Sempena sambutan maulidur Rasul ini, ingin saya mengajak diri saya dan diri anda semua (para pembaca) agar kita kembali memperkuatkan ingatan kita kepada Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Perjuangan Rasulullah..Pengorbanannya..cinta dan kasihnya baginda kepada kita semestinya dapat mendorong kita untuk lebih bersungguh-sungguh dalam beramal...
Tolonglah klik klip video di bawah ini untuk sama-sama kita menghayati kisah cinta yang tulus lagi mulus daripada seorang Rasul kepada umatnya. Semoga Allah swt sentiasa memudahkan jalan bagi kita untuk mencapai keredhaanNya dan seterusnya memberi kita peluang mendapat syafaat nabi yang menjadi idaman setiap hamba Allah yang beriman...InsyaAllah...
Maka...
MULAI SEKARANG...
Posted by
Shimah_Dzul
at
3/01/2010 11:37:00 PM
0
comments
Wednesday, January 27, 2010
PEMIMPIN YANG SEBENAR

Sedar tak sedar..telah pun 27 hari kita berada dalam tahun 2010. Bagi yang telah memulakan langkah pertama untuk merealisasikan azamnya...tahniah! Semoga segala urusan dimudahkan, dicekalkan hati menghadapi segala cabaran. Tetapkan niat yang ikhlas keranaNya..moga apa yang diazamkan memberi manfaat dunia dan akhirat. Bagi yang belum mengorak langkah, usah lagi menghitung hari...Ayuh! kita mulakan..mudah-mudahan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya..
Apa yang ingin saya kongsikan bukanlah cerita tentang azam. Tetapi, kisah yang mengajar tentang ciri-ciri pemimpin yang sebenar. Tidak kiralah dia seorang ibu yang memimpin anak-anaknya atau mungkin seorang suami yang memimpin isterinya atau seorang guru yang memimpin murid
-muridnya...mahupun seorang pengetua/guru besar yang menjadi pemimpin di sebuah sekolah. Apatah lagi pemimpin sebuah negara...rakyatnya memerlukan pemimpin yang benar-benar memimpin dan terpimpin.
Kisah yang saya paparkan ini merupakan petikan daripada artikel dalam Majalah Solusi isu no.15 yang berjudul Pemimpin yang Sebenar. Artikel pendek tersebut mengisahkan seorang wartawan yang diberi peluang makan malam bersama dua orang calon perdana menteri, secara berasingan. Dia diminta untuk menilai siapakah yang lebih layak menjadi perdana menteri (PM) di antara dua calon itu.
Pada hari pertama, wartawan tersebut pun makan bersama calon PM yang pertama. Mereka berbual pelbagai topik dan isu. Perbualan itu sungguh hebat, berlangsung lebih 2 jam, penuh rancak dan menarik. Seusainya, beliau ditanya, "Bagaimana dengan makan malam bersama calon PM itu?
Tanpa teragak-agak, beliau menjawab: "Saya mendapat banyak input yang bermanfaat. Tidak syak lagi. Dialah manusia yang paling bijak dan berkemampuan."
Esoknya, giliran makan malam bersama calon PM kedua pula. Mereka juga berbual pelbagai isu dan perkara. Perbualan itu sungguh mesra. Ia juga berlangsung lebih 2 jam. Sebaik keluar daripada majlis tersebut, dia ditanya:"Bagaimana makan malam bersama calon PM yang kedua ini?"
Tanpa berfikir panjang dia menjawab:"Sepanjang bersamanya, saya merasakan sayalah orang yang paling bijak dan paling berkemampuan!"
"Jadi, siapakah yang saudara rasa paling layak untuk menjadi perdana menteri?"
"Calon kedua."
"Rasanya, saudara rasa calon pertama lebih bijak?"
"Bukan itu kriteria utama menjadi seorang pemimpin," kata wartawan itu.
"Kalau bukan itu, habis apa?"
"Seorang pemimpin mesti mampu membuat orang di bawah pimpinannya rasa bijak. Bukan hanya membuatkan pengikutnya kagum dengan kebijaksanaannya."
Moral of the story:
1. Pemimpin mesti berfikir tentang kemaslahatan pengikutnya. Bukan berfikir untuk kepentingan dirinya.
2. Kebijaksanaan sahaja tidak cukup untuk memimpin dengan baik. Sikap amanah dan prihatin kerap kali mengatasi kebijaksanaan dalam menawan hati pengikut.
Dipetik dari : Majalah Solusi. Isu NO.15
Posted by
Shimah_Dzul
at
1/27/2010 10:50:00 PM
0
comments
Sunday, January 24, 2010
IKRAR JIWA YANG TENANG
Andai aku sakit…aku redha kerana aku yakin Allah yang turunkan penyakit ini kepadaku. Allah jua la yang akan menyembuhkannya. Tugasku hanyalah sabar dan berusaha mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitku agar aku bisa melak Andai aku sihat…aku bersyukur dan berjaga sentiasa untuk mencegah datangnya penyakit. Badan yang sihat lebih sempurna ibadah dan amalannya. Untuk itu, segala amalan perbuatan ataupun pemakanan yang membawa penyakit mesti aku tinggalkan. Andai aku ditimpa musibah…aku tidak mudah kalut, mencari dan menuding salah pada orang lain. Tetapi, aku segera ingat kepada Allah yang takdirnya terselit seribu hikmah. Aku terus mencari jalan penyelesaiannya dengan idea, ilham dan segala inspirasi yang juga daripada Allah semata-mata. Andai aku mencintai manusia…aku tidak mudah hanyut kerana aku yakin cinta hakiki hanya kepadaNya. Aku juga yakin rasa cinta ini adalah anugerah Allah untuk lebih mencintaiNya dan dekat kepadaNya. Untuk itu, aku mesti jaga adab dan akhlak agar aku tidak jauh dariNya. Apalah erti aku hidup andai Allah tinggalkan aku. Manusia tidak bisa memberi aku bahagia…hanya Allah yang membahagiakan aku. Cintaku pada ma Andai aku tidak dapat apa yang aku ingini…aku tidak pernah kesal kerana aku yakin Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Kuakui kelemahanku di depan Allah untuk mendidik jiwaku agar redha atas segala ketentuanNya. Apa yang aku rasa tidak elok..inilah yang terbaik untukku. Atau mungkin Allah tangguh ke suatu masa yang lebih sesuai untuk memakbulkan keinginanku. Andai aku dapat apa yang kumahu…kupanjatkan syukur pada Allah dan sentiasa aku mengingatkan diriku agar aku tidak lalai dengan nikmat yang Allah berikan. Kutinggikan rasa kehambaanku untuk terus menggapai cintaNya lalu kukecapi kehidupan yang penuh ketenangan dan berjalan di atas keredhaanNya. Kehidupan ini menjadi mudah apabila keyakinan
Lama rasanya tak 'blogging'. Banyak sangat kerja yang perlu dibereskan hingga tak 'terpeduli' dengan blog ni. Apapun, alhamdulillah..segala ujian dan cabaran dilalui dengan redha dan sabar..dan masih diberi peluang dan kekuatan untuk kembali menulis dalam blog yang tak seberapanya ini. Mudah-mudahan menjadi medan perkongsian ilmu yang membawa manafaat..kalau tidak banyak pun, it's better than nothing ;-)
Kali ini, terdetik rasa untuk berbicara soal hati...bukan HATI BUSUK atau HATI GELISAH. Tetapi, HATI YANG TENANG. Inilah sumber kebahagiaan. Bukan harta atau pangkat yang membuat kita bahagia...tetapi hati yang tenang. Hakikat hati yang tenang, dia tidak melatah bila menghadapi masalah, tidak mudah marah bila dicabar atau tercabar dan akan terpancar sinar ketenangan pada wajahnya. Ikrar ini ditulis untuk mengingatkan diri dan insan-insan lain yang sering terleka dalam menyelusuri arus kehidupan ini.
HATI & JIWA INI MENJADI TENANG…
Andai aku miskin..aku redha kerana aku yakin Allah yang memberi aku rezeki. Namun, aku juga perlu yakin Allah tidak tutup pintu rezeki untukku. Aku boleh berusaha sekuat mana yang kumahu dan kumampu untuk merubah nasibku. Agar aku bisa membantu saudara-saudara seaqidahku meneruskan kehidupan dan aku juga bisa laburkan rezekiku pada jalan-jalan perjuangan fisabilillah untuk perniagaan yang paling menguntungkan.
sanakan ibadahku dengan sempurna dan agar aku sempat menambah bekalanku untuk 'bertemu' Allah kelak.
nusia untuk kusyukuri kerana Allah beri cinta untuk aku menjadi lebih baik. Biarlah cintaku pada manusia menguatkan lagi cintaku pada Allah…
disandarkan hanya pada Allah kerana hidup hanya untuk Allah dan sememangnya untukNya. Kita datang daripada Allah dan kepadaNya jua kita akan kembali….
Posted by
Shimah_Dzul
at
1/24/2010 04:58:00 AM
0
comments
Friday, November 13, 2009
ZINA : RENDAHNYA NILAI HARGA DIRI
Zina itu secara umum dan menyeluruh bolehlah ditakrifkan sebagai :
"Persetubuhan haram yang sengaja antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang syubhah"
Allah berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 32 :
Maksudnya:Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).Allah swt Maha Bijaksana, "janganlah kamu menghampiri zina" merupakan ayat yang paling tepat dalam memelihara hubungan antara lelaki dan perempuan. Menurut tafsir kebanyakan ulama' berdasarkan ayat di atas, bukan zina sahaja yang HARAM, segala perkara yang membawa ke arah zina juga HARAM.

Ada antaranya yang menjawab :
“ Ala, kami sembang je, studi sama-sama, bukan nak sentuh-sentuh, bukan nak cium-cium”
Dalam semua perkara yang terjadi dalam dunia ini, tidak ada yang tiba-tiba terus berlaku. Pokok, tidak akan terus jadi pokok yang tinggi, bercabang dan terus berbunga. Kalau kita lihat pula kejadian manusia itu sendiri, bukannya lahir sahaja terus jadi dewasa...kena bermula dengan bayi kecil, kanak-kanak, remaja dan seterusnya barulah menjadi dewasa.
Analogi ini cuba dibandingkan dengan ZINA. Seorang lelaki atau perempuan yang baru berkenalan..bercinta..kalau terus diajak berzina..confirm dia tolak. Berzina ada gerak langkahnya. Boleh bermula dengan seringan-ringan chatting...kemudian, sedetik pertemuan..selepas itu, sehalus-halus sentuhan...yang akhirnya akan membawa kepada 'kejayaan besar' bagi syaitan durjana iaitu bila kedua-dua anak Adam melakukan ZINA. Wa'iyazubillah.
bertentang mata > tegur menegur > berbual mesra > bersms dan bergayut > ajak keluar shopping > berdua-duaan di tempat awam > berdua-duaan dalam kereta > bersentuhan > berciuman > BERZINA.
Begitulah liciknya syaitan dalam menghasut manusia yang sememangnya janji yang tidak akan syaitan mungkiri, iaitu berusaha menjadikan anak Adam bersama dengannya di neraka. Dalam hal zina, perempuan tidak akan rasa dirinya 'murah'..tapi, dia akan rasa dia 'disayangi'. Lelaki pula akan rasa dirinya 'hebat'. Astaghfirullahal'azhim...
Sedangkan, perempuan sebegini bolehlah diumpamakan seperti barangan jualan murah yang dilonggok di pasaraya-pasaraya. Sesiapa sahaja boleh sentuh..pegang..periksa..ramas...tauke kedai tidak akan marah..sebab barang tu memang murah. Cuba kita lihat barang yang mahal-mahal..rantai emas berlian umpamanya...tauke kedai akan simpan dalam kaca yang berkunci..orang boleh lihat saja, tak boleh pegang. Kalau tak ada duit nak beli, nak tengok pun rasa malu. kalau ada duit pula, nak tengok kena minta izin dulu... Begitulah ibaratnya barang murah dan mahal dengan perempuan yang rendah nilai harga dirinya...berbanding perempuan yang tinggi nilai harga dirinya.
Sesiapa yang terasa terhina dengan perbandingan ini...Ingatlah! Allah lebih dahulu melaknat mereka yang melakukan zina terkutuk ini dan segala perkara yang menghampirinya.. Tetapi, jika mereka bertaubat..Allah la yang lebih dahulu akan memuliakan mereka.
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah..

Posted by
Shimah_Dzul
at
11/13/2009 02:27:00 AM
0
comments
Saturday, November 7, 2009
HELAH MENCULIK KANAK-KANAK DI CARREFOUR JB
Message: Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan
maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih .. Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta
seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. P/s Astaghfirullahalazhim......manusia jenis apa sanggup buat macam ni. Bila tidak ada lagi ketakutan kepada Allah dan hari pembalasan...beginilah jadinya, sehingga ada yang rela meletakkan dirinya lebih rendah daripada haiwan. Orang-orang yang samseng ni lupa pada Allah yang lebih hebat dan boleh berbuat apa untuk membalas segala perlakuan buruk manusia yang melanggari undang-undang Allah swt.
KITA WAJIB KEMBALI KEPADA ALLAH... PERUNDANGAN CIPTAAN MANUSIA TERBUKTI MEMBAWA LEBIH KEHANCURAN DAN KEBINASAAN...DAULATKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DI TEMPAT TERATAS... TIDAK ADA UNDANG-UNDANG SELAIN UNDANG-UNDANG ALLAH....MELAINKAN IANYA HANYALAH HAWA NAFSU SEMATA-MATA...
Ya Allah ya Rabbi..lindungilah anak-anakku. Jauhilah mereka daripada segala mara bahaya..Tidak ada lah daya upaya dan kekuatan kami..melainkan hanya Kau yang Maha Berkuasa ya Allah...Amin ya Rabbal 'Alamin...
Posted by
Shimah_Dzul
at
11/07/2009 02:47:00 AM
0
comments
Saturday, October 10, 2009
BACAAN SURAH PILIHAN UNTUK IBU MENGANDUNG
SURAH-SURAH BACAAN KETIKA MENGANDUNG Untuk terang hati & kuat ingatan Untuk memudahkan ibu bersalin & m'perolehi anak yg sabar & taat Untuk memperolehi anak yg cerdik akal & Cerdik jiwa Untuk memperoleh anak cantik rupa & cantik akhlak Untuk memperbanyakkan air susu ibu & anak bersifat berhati-hati Untuk ketenangan hati & anak tidak terpengaruh dgn godaan syaitan yg mengajak kpd maksiat Untuk membersih jiwa & terpelihara drpd maksiat Untuk melahirkan anak yg bdisiplin Selamat beramal ;-)
Posted by
Shimah_Dzul
at
10/10/2009 03:41:00 PM
3
comments


















