Showing posts with label PPIM. Show all posts
Showing posts with label PPIM. Show all posts

Monday, August 10, 2009

MEMBUAT CINCIN ROS KRISTAL

Pada hari sabtu (08.09.09) baru-baru ni, perjumpaan untuk Unit Beruniform SMK Tawau telah diadakan. Saya dan guru-guru penasihat PPIM SMK Tawau yang lain telah berbincang dan sepakat untuk mengajar budak2 PPIM ni cara mau buat cincin daripada manik2 kristal. Cantik...

Gambar di atas tu adalah hasilnya... Tapi bukanlah kristal sebenar yang digunakan...manik2 biasa saja... Kalau kristal sebenar tinggi la pulak kosnya.. Lagipun, untuk belajar saja kan.. lepas ni boleh la buat pakai kristal yang sebenar pulak...



Pelajar tengah khusyuk menyiapkan cincin ros kristal nie...




Inilah dia antara guru-guru penasihat PPIM.. Tapi yang tudung ungu tu bukan PPIM tu. Namanya Cikgu Ronizah Ubi. Dia ni guru jemputan khas PPIM untuk ajar cara buat cincin kristal nie.. Terima kasih banyak2 sebab sudi luangkan masa dan tenaga mengajar budak2 PPIM ni.. Jasa kak Ronizah pasti dikenang..paling penting..ilmu yang bermanfaat menjamin pahala berterusan...insyaALlah...



Puteri-puteri tengah khusyuk menghayati dan berbincang untuk menyiapkan cincin kristal nie...





Akhirnya, cincin kristal pun siap untuk disarungkan ke jari...




Haa..lepas ni boleh la pulak cuba buat pakai kristal sebenar..mesti cantik... dengan kombinasi warna yang menarik dan berkilau-kilauan... boleh jual nie.. Kalau ada peluang, PPIM kena buka gerai menjual barang-barang kemas daripada kristal...ehmm...boleh difikir2kan...

Harapan cikgu, mudah-mudahan aktiviti ini dapat memberi manfaat dan dimanfaati oleh para pelajar.

Thursday, August 6, 2009

LAWATAN PPIM SMK TAWAU KE RUMAH ANAK YATIM

RUMAH ANAK YATIM AR-ROUDHAH yang terletak di Batu 4 Jalan Apas telah menjadi pilihan PPIM SMK Tawau untuk mengadakan lawatan. Kedatangan kami dengan kehadiran 30 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring telah disambut baik oleh pihak pengurusan rumah anak yatim tersebut. Lawatan yang diadakan pada 26 Julai 2009 (Ahad) baru-baru ini diharap dapat memberi ilmu yang berguna kepada para pelajar yang menyertai lawatan ini untuk dimanfaati dan memberi keinsafan pada diri kita semua...

Pelajar-pelajar tengah khusyuk mendengar ucapan daripada Ustazah Rogayah selaku penyelaras prosram Lawatan sambil belajar ini. Ustazah menerangkan objektif lawatan ini dan meminta pelajar mengambil iktibar di atas nasib yang menimpa anak-anak di rumah anak yatim ini. Para pelajar, bersyukurlah kerana masih punya ibu dan bapa. Hargailah ibu bapa anda...






Para pelajar diberi peluang untuk mengajukan pelbagai persoalan mengenai rumah anak yatim ini kepada Encik Ahmad bin Siong, selaku Timbalan Setiausaha Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Tawau (PRAY)



Kami dibawa melawat sekitar Rumah Anak Yatim Ar-Roudhah ini...



Anak-anak yang menghuni rumah ini adalah seramai 19 orang (setakat ini) dan semuanya anak-anak lelaki yang berumur 10 hingga 17 tahun. Kesemua mereka bersekolah di SK Batu 4 dan SMK Jalan Apas bagi memudahkan pihak pengurusan menghantar mereka ke sekolah. Anak-anak ini berasal dari pelbagai tempat iaitu Tawau, Kunak dan Semporna.



Gambar di atas ni..anak-anak ini diuji mengaji oleh ustazah Siti Kamaliah.. siapa yang pandai azan? Siapa yang selalu jadi Imam? Seronok juga bercerita-cerita dengan budak-budak ni. Moga-moga kehadiran kami dapat memberi kegembiraan kepada mereka walaupun mungkin cuma sedikit...


Sebelum kami mengakhiri lawatan kami, ustazah Rogayah memberikan sedikit sumbangan wang hasil pungutan derma oleh PPIM SMK tawau daripada warga SMK Tawau. Semoga apa yang dilakukan ini mendapat keredhaan Allah SWT.



"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan, nescaya Allah SWT akan melipatgandakan rezeki dan pahala yang banyak ke atas mereka"

Related Posts with Thumbnails

Click 'PLAY' for listening very nice Al-Quran recitations

Halwa Telinga Penyejuk Jiwa


width="228"height="128"name="FlashContent"allowscriptaccess="never" type="application/x-shockwave-flash" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer">
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity