Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para wanita..........
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. 12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. 13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. 14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka. 15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. 18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid. 19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat..
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. 22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak. 23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. 24.. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat. Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc... . Insaflah wahai insan.. Allah cipta kita bukan untuk kita mensia-siakan diri kita. Allah telah sediakan manual pengurusan dan cara hidup yang lengkap dan sempurna sebagai panduan kita. Agar kita jelas makna hidup dan mati serta datang dan kembali kita hanyalah dari dan kepada ALlah Maha Esa. Ibarat pembuat sebuah kereta yang lebih tahu cara penggunaannya, lalu menyediakan manual penggunaan agar tidak salah penggunaan yang akhirnya membawa kepada kerosakan pada kereta. Ilmu Allah jauh lebih luas, ALlah Maha Berkuasa dan Mengetahui segala-galanya. Mengapa masih ada manusia yang seolah-olah sombong dan bongkak pada pencipta.. Allah sedia Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW sebagai panduan kita agar kita tidak sesat dan sentiasa lurus perjalanan hidup kita. Kembalilah kepada Allah... Allah sedia manual...Allah juga bentangkan segala nikmatNya... juga menjanjikan pembalasanNya bagi yang ingkar...dan ganjaran bagi yang taat.. Wallahu'alam.
Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.
Pada hari sabtu (08.09.09) baru-baru ni, perjumpaan untuk Unit Beruniform SMK Tawau telah diadakan. Saya dan guru-guru penasihat PPIM SMK Tawau yang lain telah berbincang dan sepakat untuk mengajar budak2 PPIM ni cara mau buat cincin daripada manik2 kristal. Cantik...Gambar di atas tu adalah hasilnya... Tapi bukanlah kristal sebenar yang digunakan...manik2 biasa saja... Kalau kristal sebenar tinggi la pulak kosnya.. Lagipun, untuk belajar saja kan.. lepas ni boleh la buat pakai kristal yang sebenar pulak...

BULAN SYA'BAN :
Persediaan Di Ambang Ramadhan
Setiap bulan dalam sepanjang tahun mengikut kiraan taqwim Hijriyyah mempunyai kelebihan tertentu dan keistimewaan beribadat di dalamnya. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta‘ala menciptakan hari atau bulan itu ada yang baik dan ada yang lebih baik. Sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai kelebihan bulan Muharram, Rejab, Sya‘ban, Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sebagai bulan-bulan yang istimewa. Begitu juga dengan hari-hari tertentu seperti Juma‘at, Khamis dan Isnin mempunyai pelbagai fadhilat.
Bulan Sya‘ban Dan Galakkan Beribadat Di Dalamnya
Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban. Bulan Sya‘ban juga mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang ahli ibadat sebagai masa mengaut pahala. Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di mana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Pernah diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah berpuasa sunat dalam sebulan, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya‘ban. Dalam makna yang lain Baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya‘ban dibandingkan bulan-bulan yang lain. Oleh kerana itu amatlah dituntut bagi umat Islam mencontohi apa yang dilakukan oleh Baginda itu kerana selain memperbanyak amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban
1. Memperbanyak puasa sunat. Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
2. Bertaubat dan beristiqhfar Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum(terpelihara dari dosa) ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.
Manusia biasa mana yang terlepas dari berbuat dosa. Teringat saya pernah berbual-bual dengan seorang cikgu. Dia kata "Kita ni kalau Allah buka aib kita, nescaya tahulah rupanya kita ni tidak baik". Tersentuh juga dengan statement tu. Rasa malu sangat dengan Allah. Namun, taubat nasuha hanya akan tercapai dengan (bukan setakat tersentuh saja), tapi dengan syarat:
1. Hendaklah kita meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Hendaklah kita benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.
3. Hendaklah kita berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.
Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan manusia lain, maka hendaklah membersihkan diri daripada hak orang itu atau kita kena memohon maaf kepada orang berkenaan. Kalau sudah bertaubat, hendaklah kita sentiasa mendekatkan diri pada Allah SWT dengan memohon keberkatan atas setiap apa yang kita lakukan atau dengan kata lain sentiasa ingat Allah dan letakkan Allah teratas di hati kita. Moga-moga kita menjadi hambaNya yang bertaqwa.
Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah " ASTAGHFIRULLAHAL A'ZIM " bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.
Bukannya lafaz " ASTAGA " yang popular dalam masyarakat Tawau, ataupun yang terkini " ASPALELA " , yang sering dimain-mainkan lafaznya oleh anak muda sekarang. berhati-hatilah sahabatku, jangan bermain-main dengan lafaz Taubat & Istighfar ini. Nantinya bukan keampunan Allah yang kita raih, tetapi Kemurkaannya pula yang menanti !!! Wal Iyazubillah..
3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya. Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:
i. Menenangkan hati: Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat: Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan. Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.
iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan. iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah: Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.
Antara keistemewaan amalan zikir itu pula ialah:
i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa walaupun sedang melakukan pekerjaan tanpa terikat dengan waktu. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, tidur, berdiri dan baring.
ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar. Walau bagaimanapun makruh berzikir secara lisan ketika berada di dalam tandas. Begitu juga dengan perkara doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan cara merendahkan diri dan tawadhu‘ kepadaNya.
Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain?
Baginda bersabda:
Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”. (Hadis riwayat an-Nasaie)
p/s : Untuk peringatan diri saya terutamanya dan kepada para muslimin dan muslimat. Mudah-mudahan kita sentiasa istiqomah dalam setiap amal kita dan lurus hati kita dengan niat yang ikhlas kerana Allah. InsyaAllah...Amin.
SUMBER : http://zaimhilmi.blogspot.com
Bulan Ramadhan semakin hampir... Sama-samalah kita bersedia menyambut bulan Ibadah ini untuk kita menjana peribadi Muslim sejati... InsyaAllah...
RUMAH ANAK YATIM AR-ROUDHAH yang terletak di Batu 4 Jalan Apas telah menjadi pilihan PPIM SMK Tawau untuk mengadakan lawatan. Kedatangan kami dengan kehadiran 30 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring telah disambut baik oleh pihak pengurusan rumah anak yatim tersebut. Lawatan yang diadakan pada 26 Julai 2009 (Ahad) baru-baru ini diharap dapat memberi ilmu yang berguna kepada para pelajar yang menyertai lawatan ini untuk dimanfaati dan memberi keinsafan pada diri kita semua...
Pelajar-pelajar tengah khusyuk mendengar ucapan daripada Ustazah Rogayah selaku penyelaras prosram Lawatan sambil belajar ini. Ustazah menerangkan objektif lawatan ini dan meminta pelajar mengambil iktibar di atas nasib yang menimpa anak-anak di rumah anak yatim ini. Para pelajar, bersyukurlah kerana masih punya ibu dan bapa. Hargailah ibu bapa anda...

Para pelajar diberi peluang untuk mengajukan pelbagai persoalan mengenai rumah anak yatim ini kepada Encik Ahmad bin Siong, selaku Timbalan Setiausaha Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Tawau (PRAY)
Kami dibawa melawat sekitar Rumah Anak Yatim Ar-Roudhah ini...
Anak-anak yang menghuni rumah ini adalah seramai 19 orang (setakat ini) dan semuanya anak-anak lelaki yang berumur 10 hingga 17 tahun. Kesemua mereka bersekolah di SK Batu 4 dan SMK Jalan Apas bagi memudahkan pihak pengurusan menghantar mereka ke sekolah. Anak-anak ini berasal dari pelbagai tempat iaitu Tawau, Kunak dan Semporna.
Gambar di atas ni..anak-anak ini diuji mengaji oleh ustazah Siti Kamaliah.. siapa yang pandai azan? Siapa yang selalu jadi Imam? Seronok juga bercerita-cerita dengan budak-budak ni. Moga-moga kehadiran kami dapat memberi kegembiraan kepada mereka walaupun mungkin cuma sedikit...

Sebelum kami mengakhiri lawatan kami, ustazah Rogayah memberikan sedikit sumbangan wang hasil pungutan derma oleh PPIM SMK tawau daripada warga SMK Tawau. Semoga apa yang dilakukan ini mendapat keredhaan Allah SWT.
"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan, nescaya Allah SWT akan melipatgandakan rezeki dan pahala yang banyak ke atas mereka"

Dalam kebimbangan mendepani wabak dan bala di sekeliling kita, maka ingin dikongsikan beberapa amalan yang boleh kita jadikan sebagai pendinding diri. Panduan tersebut boleh kita ambil daripada sebuah kitab yang kecil tetapi mengandungi rahsia yang besar; iaitu kitab Amalan Menolak Wabak dan Bala yang telah disusun oleh Syeikh Yusuf ibn Ismail al-Nabhani. Beliau merupakan seorang ulamak dari Beirut yang bersungguh-sungguh berpegang dan mempertahankan Ahli Sunnah wal Jamaah. Syeikh Yusuf telah dihantar oleh ayahandanya ke Universiti al-Azhar ketika berumur 17 tahun dan telah berguru dengan ramai ulamak besar. Beliau telah wafat pada 1929.
Kitab tersebut telah diterjemahkan dan dikeluarkan oleh Tn. Guru Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki yang juga merupakan penasihat kepada Yayasan Sofa Negeri Sembilan. Sebelum kita kongsikan amalan-amalan tersebut, amat molek jika kita dapatkan pendahuluan daripada ulamak tersebut:
“Di dalam buku ini, saya telah memaparkan beberapa amalan yang telah dilakukan oleh mereka (para ulamak) dan didapati mujarab sebagaimana yang dirakamkan di dalam kitab Sa’adah al Darain fi al Solah ‘ala Sayyid al Kaunain sallallahu alaihi wasallam. Walaupun ada di antara wabak penyakit atau bala yang ada pada hari ini, tidak ada pada zaman dahulu, amalan ini boleh dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut kerana tujuannya adalah sama untuk memohon perlindungan, penjagaan dan kesejahteraan daripada Allah.”
Antara amalan yang boleh kita lakukan:
1.Membaca ayat 128 dan 129 Surah at-Taubah (Surah ke-9) sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu.
2.Membaca doa qunut
3.Mengamalkan (melafazkan) ayat Surah al-Najm (Surah ke- ) ayat 58, ayat at-Thalaq (Surah ke-65), ayat 137 Surah al-Baqarah (Surah kedua)
4.Diriwayatkan daripada sebahagian ulamak bahawa antara amalan yang paling besar untuk menolak taun dan bala-bala besar ialah dengan berselawat atas Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
5.Sentiasa dalam keadaan wudhu’
Dinasihatkan bahawa amalan-amalan ini kita lakukan mengikut kemampuan kita. Dan kita bersangka baik kepada ulamak tersebut yang menyusun amalan berlandaskan kepada ilmu mereka yang bersandarkan kepada dalil daripada Quran dan Hadith.
Moga-moga dengan kesungguhan kembalinya kita kepada Allah, akan menghilangkan kebimbangan dan kepayahan menghadapi wabak dan bencana ini. Semuanya tidak mustahil dengan kekuasaan Allah. Tiada daya (untuk melakukan ketaatan) dan kekuatan (untuk menjauhi maksiat) melainkan dengan kekuatan Allah. Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Allah Maha MengetahuI.
Sumber : http://mujahidnusantara85.blogspot.com

Berita terkini mengenai 9 buah sekolah di daerah Tawau yang diarah tutup menarik perhatian saya. Sekolah-sekolah ini ditutup berikutan terdapat pelajar yang sah positif jangkitan H1N1. Bagi mencegah penularan wabak, sekolah pertama yang terpaksa ditutup ialah SMK Pasir Putih dan diikuti oleh 8 lagi sekolah yang lain, iaitu SMK Abaka, SMK Kuhara, SMK Jambatan Putih, SMK Kabota dan lain-lain.Tak pasti sekolah tempat saya mengajar akan ditutup atau tidak. Tapi, pegawai kesihatan sudah datang buat pemeriksaan. Jadi, hanya tunggu arahan dari pihak Jabatan Kesihatan. Wabak Influenza A H1N1 ini benar-benar menggemparkan. Namun, hanya kepada Allah sahaja kita bermohon agar Allah lindungi kita daripada wabak ini.
Wabak atau penyakit ini merupakan perkara yang memang manusia ingin lari se
lama-lamanya. Terkadang menghairankan, awalnya manusia mendabik dada akan kekuatan, kepandaian, kekuasaan, kekayaan, kecantikan dan segala nikmat yang dikurniakan kepada mereka. Tetapi mereka menjadi lemah dan kecut apabila ancaman makhluk seni menghampiri.
Namun, sebagai seorang muslim, kita mesti bersangka baik bahawa pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang Allah timpakan. Allah sebenarnya ingin menegur dan memberi peringatan kepada hamba-hambaNya yang kian jauh daripadaNya. Allah yang mencipta penyakit dan Allah jua yang akan menyembuhkannya. Jadi, kebergantungan kita hanyalah kepada Allah. Tidak ada yang lain.
Jangan pula keyakinan kita diletak lebih kepada doktor-doktor di hospital ataupun klinik-klinik. Sedangkan ilmu mereka begitu kerdil berbanding ilmu Allah yang Maha Mengetahui. Namun, mereka adalah ahli dalam bidang ini untuk kita rujuk apakah langkah berjaga-jaga? Adakah kita terkena jangkitan atau tidak? Inilah namanya ikhtiar. Kita diajar untuk bertawakkal kepada Allah di samping perlunya usaha mencapai apa yang dihajati.
Firman Allah yang bermaksud: ".... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka..." (Surah Ar-Ra'd : 11)
Manusia juga harus sedar, bukanlah Allah yang menzalimi manusia, tetapi kita yang telah menzalimi diri kita sendiri. Allah berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud :
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar)"
Berapa ramai manusia yang telah diberi nikmat, namun nikmat tersebut telah digunakan untuk berbuat maksiat kepada Allah. Tidak hairanlah jika Allah tarik balik nikmat tersebut. Mudah-mudahan insaf semula. Jadi, amat wajarlah sekiranya manusia kembali kepada panduan yang diberi Allah (Al-Quran dan As-sunnah). Melakukan sesuka hati akan mengganggu keseimbangan manusia dan alam kerana bencana tersebut akan berbalik kepada mereka sendiri.
p/s : Semoga hati-hati kita terpimpin untuk terus berjalan dengan redha ALlah di atas muka bumiNya ini. Kembalilah kita kepada ALlah kerana hanya dengan MengingatiNya sahaja hati kita akan tenang. Imarahkanlah rumah-rumah Allah dan memohon perlindungan kerana keyakinan kita padaNya bukannya pula menyesakkan hospital kerana lebih yakin pada doktor. Wallahu'alam.