Thursday, July 30, 2009

BUDAYA ILMU : KEMBALI KEPADA ISLAM


Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam semesta. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah saw beserta keluarga dan para sahabat baginda.
Apabila kita bicara tentang ilmu, timbul di benak kita tentang kemestian mencari ilmu, juga adab-adab menuntutnya dan manfaat atau faedah yang kita perolehi daripadanya. Islam amat memandang berat tentang ilmu.. Islam mengajak manusia kepada ilmu, memperjelas adab-adab menuntutnya, manfaat yang diperolehi darinya dan mengingatkan mereka ya ng berpaling darinya. Apabila direnung-renung, sekarang ini, bagaimana pelajar-pelajar kita menuntut ilmu? Pelajar-pelajar kita sekarang ini (tidak semua...tapi banyak) seolah-olah tidak sedar kenapa mereka mesti menuntut ilmu? Mereka juga tidak tahu adab murid terhadap gurunya? Ada juga suara-suara sumbang mengatakan.."alaa..budak-budak biasalah, nanti besar dia tahulah tu". Bukankah melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau sudah jadi buluh, payah dilentur. Jadi, langkah perlu diatur demi menyelamatkan ummah!

Fenomena murid 'kurang ajar' merupakan satu fenomena yang menunjukkan keadaan yang begitu kritikal. Sedih, sayu dan pilu hati saya bila mendengar satu cerita dari seorang sahabat tentang nasib yang menimpa salah seorang guru di salah sebuah sekolah di Semporna. Guru tersebut yang penuh sopan menyambut kehadiran seorang bapa telah dihambat dengan besi lantas mengakibatkan guru tersebut koma terlantar di hospital. Tidak kurang juga berita yang kita dengar mengenai pelajar yang menendang dan menumbuk gurunya hanya kerana dimarahi tidak menyiapkan kerja sekolah. Tidak cukup dengan itu, pelajar-pelajar itu memanggil rakan-rakan lain untuk sama membalas dendam kepada guru tersebut. Bayangkan guru yang ketakutan tersebut, terpaksa melarikan diri menyelamatkan diri dan melaporkan perkara tersebut kepada polis.

Peristiwa-peristiwa ini jelas menunjukkan budaya ilmu di kalangan masyarakat kita begitu parah. Entah siapa dan di mana silapnya? Nak salahkan guru yang menghukum atau mendenda anaknya, guru kata niatnya untuk mendidik, nak salahkan si ayah pula, pasti ayah akan berkata soal haknya kepada anak... Habis, hak murid kepada guru pula macammana? Namun, kalau kita memilih untuk bersikap tuding-menuding dengan saling menyalahkan..saya fikir sampai kiamat pun tak selesai. Jawapan kepada segala persoalan hanya ada dengan kembali kepada ISLAM. Suatu cara hidup yang lengkap dan sempurna..sesuai dengan fitrah insani kerana, pencipta ISLAM itu juga pencipta kita, iaitu ALLAH yang MAHA MENGETAHUI sedang kita begitu kerdil. Siapalah kita di depan ALLAH?

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Click 'PLAY' for listening very nice Al-Quran recitations

Halwa Telinga Penyejuk Jiwa


width="228"height="128"name="FlashContent"allowscriptaccess="never" type="application/x-shockwave-flash" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer">
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity