Saturday, August 1, 2009

PENULARAN WABAK H1N1


Berita terkini mengenai 9 buah sekolah di daerah Tawau yang diarah tutup menarik perhatian saya. Sekolah-sekolah ini ditutup berikutan terdapat pelajar yang sah positif jangkitan H1N1. Bagi mencegah penularan wabak, sekolah pertama yang terpaksa ditutup ialah SMK Pasir Putih dan diikuti oleh 8 lagi sekolah yang lain, iaitu SMK Abaka, SMK Kuhara, SMK Jambatan Putih, SMK Kabota dan lain-lain.Tak pasti sekolah tempat saya mengajar akan ditutup atau tidak. Tapi, pegawai kesihatan sudah datang buat pemeriksaan. Jadi, hanya tunggu arahan dari pihak Jabatan Kesihatan. Wabak Influenza A H1N1 ini benar-benar menggemparkan. Namun, hanya kepada Allah sahaja kita bermohon agar Allah lindungi kita daripada wabak ini.

Wabak atau penyakit ini merupakan perkara yang memang manusia ingin lari selama-lamanya. Terkadang menghairankan, awalnya manusia mendabik dada akan kekuatan, kepandaian, kekuasaan, kekayaan, kecantikan dan segala nikmat yang dikurniakan kepada mereka. Tetapi mereka menjadi lemah dan kecut apabila ancaman makhluk seni menghampiri.
Namun, sebagai seorang muslim, kita mesti bersangka baik bahawa pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang Allah timpakan. Allah sebenarnya ingin menegur dan memberi peringatan kepada hamba-hambaNya yang kian jauh daripadaNya. Allah yang mencipta penyakit dan Allah jua yang akan menyembuhkannya. Jadi, kebergantungan kita hanyalah kepada Allah. Tidak ada yang lain.

Jangan pula keyakinan kita diletak lebih kepada doktor-doktor di hospital ataupun klinik-klinik. Sedangkan ilmu mereka begitu kerdil berbanding ilmu Allah yang Maha Mengetahui. Namun, mereka adalah ahli dalam bidang ini untuk kita rujuk apakah langkah berjaga-jaga? Adakah kita terkena jangkitan atau tidak? Inilah namanya ikhtiar. Kita diajar untuk bertawakkal kepada Allah di samping perlunya usaha mencapai apa yang dihajati.
Firman Allah yang bermaksud: ".... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka..." (Surah Ar-Ra'd : 11)

Manusia juga harus sedar, bukanlah Allah yang menzalimi manusia, tetapi kita yang telah menzalimi diri kita sendiri. Allah berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud :

"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar)"

Berapa ramai manusia yang telah diberi nikmat, namun nikmat tersebut telah digunakan untuk berbuat maksiat kepada Allah. Tidak hairanlah jika Allah tarik balik nikmat tersebut. Mudah-mudahan insaf semula. Jadi, amat wajarlah sekiranya manusia kembali kepada panduan yang diberi Allah (Al-Quran dan As-sunnah). Melakukan sesuka hati akan mengganggu keseimbangan manusia dan alam kerana bencana tersebut akan berbalik kepada mereka sendiri.

p/s : Semoga hati-hati kita terpimpin untuk terus berjalan dengan redha ALlah di atas muka bumiNya ini. Kembalilah kita kepada ALlah kerana hanya dengan MengingatiNya sahaja hati kita akan tenang. Imarahkanlah rumah-rumah Allah dan memohon perlindungan kerana keyakinan kita padaNya bukannya pula menyesakkan hospital kerana lebih yakin pada doktor. Wallahu'alam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Click 'PLAY' for listening very nice Al-Quran recitations

Halwa Telinga Penyejuk Jiwa


width="228"height="128"name="FlashContent"allowscriptaccess="never" type="application/x-shockwave-flash" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer">
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity