Tuesday, September 29, 2009

Tentang Puasa Enam Syawal

1. Hukumnya adalah sunat.

2. Bermula seawal 2 Syawal ataupun Hari Raya kedua kerana larangan berpuasa pada 1 Syawal. Nabi saw melarang berpuasa pada hari Aidilfitri dan Aidliadha (Hadis sahih Al-Bukhari)

3. Syarat dan adab adalah sama seperti puasa wajib Ramadhan.

4. Boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan cukup enam hari berpuasa sunat sebelum berakhirnya Syawal.

5. Namun, adalah afdhal untuk disegerakan puasa sunat ini berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud :
" Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa" (Surah Ali-Imran:133)

6. Rasulullah saw mensyaratkan, berpuasa Ramadhan terlebih dahulu, kemudian barulah iringi dengan enam hari dalam bulan Syawal.
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian mengiringi dengan enam hari dari bulan Syawal, maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun"

7. Pendapat bahawa menggabungkan puasa sunat dan Qada' akan diberi ganjaran kedua-dua pahala dengan puasa yang satu adalah tidak bersandarkan mana-mana dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Walaupun wujud beberapa khilaf ulama' dengan amalan puasa sunat dan qadha di bulan syawal, namun ana pilih pendapat yang rajih atau yang lebih utama untuk dipublishkan.

Oleh itu, lakukanlah puasa qada' dan sunat ini secara berasingan. Langsaikanlah dulu 'hutang Ramadhan' kerana kita tidak tahu masih ada kelapangan hayat dan kesihatan untuk kita di masa akan datang.

Lagi pula, apabila dipisahkan amalan sunat dengan wajib ini lebih mendekatkan diri kepada Allah kerana lebih menggambarkan kesungguhan kita untuk mencapai keredhaanNya.

Amalan sunat merupakan penampal kekurangan bagi amalan fardhu. Jadi, bagi yang bimbang akan tidak berkesempatan menunaikan puasa sunat enam syawal ini kerana busy dengan puasa qada'... Mudah-mudahan Allah beri ganjaran kerana niat dan kesungguhan kita.

Akhirul kalam, Sabda Rasulullah saw :

"Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat." (Sahih Al-Bukhari)

Edited dari sumber : http://www.hanan.com.my/article.php?sid=1903&mode=thread&order=0

2 comments:

Ms. Omey said...

memang kena buat puasa qada' dulu ye. tapi pada pompuan puasa qada' je dah berapa hari then campur 6 hari puasa nam. macam tak sempat je. ke kena cuba sempatkan jugak?? hehe..thanks for the info shima :)

Shimah_Dzul said...

ada gak pndpt ulama bole puasa 6 dulu baru qada'...tp x kuat. jd, afdal kita amik yg hadis kuat ni. mmg mcm tu la kita ni pompuan kan..apapun redha Ilahi x kenal jantina walaupun lelaki boleh pose 6 dgn sempurna kan..dgn niat dan azam kita,mungkin ganjaran Allah bg lebih berganda2..Amiin. thanx omey..

Related Posts with Thumbnails

Click 'PLAY' for listening very nice Al-Quran recitations

Halwa Telinga Penyejuk Jiwa


width="228"height="128"name="FlashContent"allowscriptaccess="never" type="application/x-shockwave-flash" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer">
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity