Bismillahirrahmanirahim… Assalamualaikum wbt… Tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah kahwin baru-baru ini dan telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menjadi ibu . Termasuklah kedua-dua adik saya ;-) Alhamdulillah..saya turut berkongsi kegembiraan ini. Mudah-mudahan anak yang bakal lahir mampu menggegar dunia sebagai seorang mujahid dan mujahidah. InsyaAllah…. TAKBIR!!!
IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR
TANDA | CONTOH | KESAN | |
NEGATIF | Ibu bapa sering bergaduh | Anak menjadi ganas dan panas baran | |
POSITIF | Ibu bapa sering bersedekah | Hati anak lembut | |
NEGATIF | Ibu mengidam benda pelik | Petanda tidak baik terhadap sikap anak | |
POSITIF | Ibu tidak meninggalkan solat | Anak mudah mendapat hidayah | |
NEGATIF | Ibu bermain kayu tiga | Anak menjadi penderhaka dan penggemar maksiat | |
POSITIF | Ibu sering membaca Al-Quran | Dapat anak yang bijak | |
POSITIF | Ibu mengawal emosi | Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan |
Antara amalan-amalan semasa ibu mengandung :
- Mengamalkan solat wajib dan sunat
- Mengamalkan zikir
- Membaca Al-Quran
- Mendengar muzik yang tenang
- Membaca buku-buku ilmiah
- Berbual dengan anak dalam kandungan
- Menjaga adab dan emosi
- Tidak tertekan atau stress
- Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan
- Memakan makanan yang baik dari segi zahiriah dan batiniah (halalan toyyibah)
- Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya
- Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar.
p/s : Banyakkan bersabar dan istiqomah dalam amalan. Sememangnya, perwatakan ibu yang mengandung cukup mempengaruhi anak dalam kandungannya. Ingat Allah selalu… ;-)
2 comments:
kalo takde mengidam apa2, apa tandanya ek??
itu biasa lerr zackecik... kalau yg mengidam benda pelik tu perlu usaha la tinggalkan.. mudah2an anak tu bakal mujahid/ah yg hebat dalam perang yg paling besar..iaitu melawan hawa nafsu..
kalau x idam apa2..syukur la..mkn la mknan yg berkhasiat yer.. mudah2n mudah sgl urusannya ;-) mcm kenal jak sapa zackecik nie???hihih....
Post a Comment