Lama rasanya tak 'blogging'. Banyak sangat kerja yang perlu dibereskan hingga tak 'terpeduli' dengan blog ni. Apapun, alhamdulillah..segala ujian dan cabaran dilalui dengan redha dan sabar..dan masih diberi peluang dan kekuatan untuk kembali menulis dalam blog yang tak seberapanya ini. Mudah-mudahan menjadi medan perkongsian ilmu yang membawa manafaat..kalau tidak banyak pun, it's better than nothing ;-) Andai aku sakit…aku redha kerana aku yakin Allah yang turunkan penyakit ini kepadaku. Allah jua la yang akan menyembuhkannya. Tugasku hanyalah sabar dan berusaha mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitku agar aku bisa melaksanakan ibadahku dengan sempurna dan agar aku sempat menambah bekalanku untuk 'bertemu' Allah kelak. Andai aku sihat…aku bersyukur dan berjaga sentiasa untuk mencegah datangnya penyakit. Badan yang sihat lebih sempurna ibadah dan amalannya. Untuk itu, segala amalan perbuatan ataupun pemakanan yang membawa penyakit mesti aku tinggalkan. Andai aku ditimpa musibah…aku tidak mudah kalut, mencari dan menuding salah pada orang lain. Tetapi, aku segera ingat kepada Allah yang takdirnya terselit seribu hikmah. Aku terus mencari jalan penyelesaiannya dengan idea, ilham dan segala inspirasi yang juga daripada Allah semata-mata. Andai aku mencintai manusia…aku tidak mudah hanyut kerana aku yakin cinta hakiki hanya kepadaNya. Aku juga yakin rasa cinta ini adalah anugerah Allah untuk lebih mencintaiNya dan dekat kepadaNya. Untuk itu, aku mesti jaga adab dan akhlak agar aku tidak jauh dariNya. Apalah erti aku hidup andai Allah tinggalkan aku. Manusia tidak bisa memberi aku bahagia…hanya Allah yang membahagiakan aku. Cintaku pada manusia untuk kusyukuri kerana Allah beri cinta untuk aku menjadi lebih baik. Biarlah cintaku pada manusia menguatkan lagi cintaku pada Allah… Andai aku tidak dapat apa yang aku ingini…aku tidak pernah kesal kerana aku yakin Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Kuakui kelemahanku di depan Allah untuk mendidik jiwaku agar redha atas segala ketentuanNya. Apa yang aku rasa tidak elok..inilah yang terbaik untukku. Atau mungkin Allah tangguh ke suatu masa yang lebih sesuai untuk memakbulkan keinginanku. Andai aku dapat apa yang kumahu…kupanjatkan syukur pada Allah dan sentiasa aku mengingatkan diriku agar aku tidak lalai dengan nikmat yang Allah berikan. Kutinggikan rasa kehambaanku untuk terus menggapai cintaNya lalu kukecapi kehidupan yang penuh ketenangan dan berjalan di atas keredhaanNya. Kehidupan ini menjadi mudah apabila keyakinan disandarkan hanya pada Allah kerana hidup hanya untuk Allah dan sememangnya untukNya. Kita datang daripada Allah dan kepadaNya jua kita akan kembali….
Kali ini, terdetik rasa untuk berbicara soal hati...bukan HATI BUSUK atau HATI GELISAH. Tetapi, HATI YANG TENANG. Inilah sumber kebahagiaan. Bukan harta atau pangkat yang membuat kita bahagia...tetapi hati yang tenang. Hakikat hati yang tenang, dia tidak melatah bila menghadapi masalah, tidak mudah marah bila dicabar atau tercabar dan akan terpancar sinar ketenangan pada wajahnya. Ikrar ini ditulis untuk mengingatkan diri dan insan-insan lain yang sering terleka dalam menyelusuri arus kehidupan ini.
HATI & JIWA INI MENJADI TENANG…
Andai aku miskin..aku redha kerana aku yakin Allah yang memberi aku rezeki. Namun, aku juga perlu yakin Allah tidak tutup pintu rezeki untukku. Aku boleh berusaha sekuat mana yang kumahu dan kumampu untuk merubah nasibku. Agar aku bisa membantu saudara-saudara seaqidahku meneruskan kehidupan dan aku juga bisa laburkan rezekiku pada jalan-jalan perjuangan fisabilillah untuk perniagaan yang paling menguntungkan.
Sunday, January 24, 2010
IKRAR JIWA YANG TENANG
Posted by Shimah_Dzul at 1/24/2010 04:58:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment