Zina itu secara umum dan menyeluruh bolehlah ditakrifkan sebagai :
"Persetubuhan haram yang sengaja antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang syubhah"
Allah berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 32 :
Maksudnya:Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).Allah swt Maha Bijaksana, "janganlah kamu menghampiri zina" merupakan ayat yang paling tepat dalam memelihara hubungan antara lelaki dan perempuan. Menurut tafsir kebanyakan ulama' berdasarkan ayat di atas, bukan zina sahaja yang HARAM, segala perkara yang membawa ke arah zina juga HARAM.

Ada antaranya yang menjawab :
“ Ala, kami sembang je, studi sama-sama, bukan nak sentuh-sentuh, bukan nak cium-cium”
Dalam semua perkara yang terjadi dalam dunia ini, tidak ada yang tiba-tiba terus berlaku. Pokok, tidak akan terus jadi pokok yang tinggi, bercabang dan terus berbunga. Kalau kita lihat pula kejadian manusia itu sendiri, bukannya lahir sahaja terus jadi dewasa...kena bermula dengan bayi kecil, kanak-kanak, remaja dan seterusnya barulah menjadi dewasa.
Analogi ini cuba dibandingkan dengan ZINA. Seorang lelaki atau perempuan yang baru berkenalan..bercinta..kalau terus diajak berzina..confirm dia tolak. Berzina ada gerak langkahnya. Boleh bermula dengan seringan-ringan chatting...kemudian, sedetik pertemuan..selepas itu, sehalus-halus sentuhan...yang akhirnya akan membawa kepada 'kejayaan besar' bagi syaitan durjana iaitu bila kedua-dua anak Adam melakukan ZINA. Wa'iyazubillah.
bertentang mata > tegur menegur > berbual mesra > bersms dan bergayut > ajak keluar shopping > berdua-duaan di tempat awam > berdua-duaan dalam kereta > bersentuhan > berciuman > BERZINA.
Begitulah liciknya syaitan dalam menghasut manusia yang sememangnya janji yang tidak akan syaitan mungkiri, iaitu berusaha menjadikan anak Adam bersama dengannya di neraka. Dalam hal zina, perempuan tidak akan rasa dirinya 'murah'..tapi, dia akan rasa dia 'disayangi'. Lelaki pula akan rasa dirinya 'hebat'. Astaghfirullahal'azhim...
Sedangkan, perempuan sebegini bolehlah diumpamakan seperti barangan jualan murah yang dilonggok di pasaraya-pasaraya. Sesiapa sahaja boleh sentuh..pegang..periksa..ramas...tauke kedai tidak akan marah..sebab barang tu memang murah. Cuba kita lihat barang yang mahal-mahal..rantai emas berlian umpamanya...tauke kedai akan simpan dalam kaca yang berkunci..orang boleh lihat saja, tak boleh pegang. Kalau tak ada duit nak beli, nak tengok pun rasa malu. kalau ada duit pula, nak tengok kena minta izin dulu... Begitulah ibaratnya barang murah dan mahal dengan perempuan yang rendah nilai harga dirinya...berbanding perempuan yang tinggi nilai harga dirinya.
Sesiapa yang terasa terhina dengan perbandingan ini...Ingatlah! Allah lebih dahulu melaknat mereka yang melakukan zina terkutuk ini dan segala perkara yang menghampirinya.. Tetapi, jika mereka bertaubat..Allah la yang lebih dahulu akan memuliakan mereka.
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah..













