Saturday, August 1, 2009

AMALAN-AMALAN PENCEGAHAN WABAK H1N1


Dalam kebimbangan mendepani wabak dan bala di sekeliling kita, maka ingin dikongsikan beberapa amalan yang boleh kita jadikan sebagai pendinding diri. Panduan tersebut boleh kita ambil daripada sebuah kitab yang kecil tetapi mengandungi rahsia yang besar; iaitu kitab Amalan Menolak Wabak dan Bala yang telah disusun oleh Syeikh Yusuf ibn Ismail al-Nabhani. Beliau merupakan seorang ulamak dari Beirut yang bersungguh-sungguh berpegang dan mempertahankan Ahli Sunnah wal Jamaah. Syeikh Yusuf telah dihantar oleh ayahandanya ke Universiti al-Azhar ketika berumur 17 tahun dan telah berguru dengan ramai ulamak besar. Beliau telah wafat pada 1929.

Kitab tersebut telah diterjemahkan dan dikeluarkan oleh Tn. Guru Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki yang juga merupakan penasihat kepada Yayasan Sofa Negeri Sembilan. Sebelum kita kongsikan amalan-amalan tersebut, amat molek jika kita dapatkan pendahuluan daripada ulamak tersebut:
“Di dalam buku ini, saya telah memaparkan beberapa amalan yang telah dilakukan oleh mereka (para ulamak) dan didapati mujarab sebagaimana yang dirakamkan di dalam kitab Sa’adah al Darain fi al Solah ‘ala Sayyid al Kaunain sallallahu alaihi wasallam. Walaupun ada di antara wabak penyakit atau bala yang ada pada hari ini, tidak ada pada zaman dahulu, amalan ini boleh dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut kerana tujuannya adalah sama untuk memohon perlindungan, penjagaan dan kesejahteraan daripada Allah.”

Antara amalan yang boleh kita lakukan:

1.Membaca ayat 128 dan 129 Surah at-Taubah (Surah ke-9) sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu.
2.Membaca doa qunut
3.Mengamalkan (melafazkan) ayat Surah al-Najm (Surah ke- ) ayat 58, ayat at-Thalaq (Surah ke-65), ayat 137 Surah al-Baqarah (Surah kedua)

4.Diriwayatkan daripada sebahagian ulamak bahawa antara amalan yang paling besar untuk menolak taun dan bala-bala besar ialah dengan berselawat atas Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
5.Sentiasa dalam keadaan wudhu’

Dinasihatkan bahawa amalan-amalan ini kita lakukan mengikut kemampuan kita. Dan kita bersangka baik kepada ulamak tersebut yang menyusun amalan berlandaskan kepada ilmu mereka yang bersandarkan kepada dalil daripada Quran dan Hadith.
Moga-moga dengan kesungguhan kembalinya kita kepada Allah, akan menghilangkan kebimbangan dan kepayahan menghadapi wabak dan bencana ini. Semuanya tidak mustahil dengan kekuasaan Allah. Tiada daya (untuk melakukan ketaatan) dan kekuatan (untuk menjauhi maksiat) melainkan dengan kekuatan Allah. Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Allah Maha MengetahuI.

Sumber : http://mujahidnusantara85.blogspot.com

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Click 'PLAY' for listening very nice Al-Quran recitations

Halwa Telinga Penyejuk Jiwa


width="228"height="128"name="FlashContent"allowscriptaccess="never" type="application/x-shockwave-flash" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer">
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity