RUMAH ANAK YATIM AR-ROUDHAH yang terletak di Batu 4 Jalan Apas telah menjadi pilihan PPIM SMK Tawau untuk mengadakan lawatan. Kedatangan kami dengan kehadiran 30 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring telah disambut baik oleh pihak pengurusan rumah anak yatim tersebut. Lawatan yang diadakan pada 26 Julai 2009 (Ahad) baru-baru ini diharap dapat memberi ilmu yang berguna kepada para pelajar yang menyertai lawatan ini untuk dimanfaati dan memberi keinsafan pada diri kita semua...
Pelajar-pelajar tengah khusyuk mendengar ucapan daripada Ustazah Rogayah selaku penyelaras prosram Lawatan sambil belajar ini. Ustazah menerangkan objektif lawatan ini dan meminta pelajar mengambil iktibar di atas nasib yang menimpa anak-anak di rumah anak yatim ini. Para pelajar, bersyukurlah kerana masih punya ibu dan bapa. Hargailah ibu bapa anda...
Para pelajar diberi peluang untuk mengajukan pelbagai persoalan mengenai rumah anak yatim ini kepada Encik Ahmad bin Siong, selaku Timbalan Setiausaha Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Tawau (PRAY)
Kami dibawa melawat sekitar Rumah Anak Yatim Ar-Roudhah ini...
Gambar di atas ni..anak-anak ini diuji mengaji oleh ustazah Siti Kamaliah.. siapa yang pandai azan? Siapa yang selalu jadi Imam? Seronok juga bercerita-cerita dengan budak-budak ni. Moga-moga kehadiran kami dapat memberi kegembiraan kepada mereka walaupun mungkin cuma sedikit...
Sebelum kami mengakhiri lawatan kami, ustazah Rogayah memberikan sedikit sumbangan wang hasil pungutan derma oleh PPIM SMK tawau daripada warga SMK Tawau. Semoga apa yang dilakukan ini mendapat keredhaan Allah SWT.
3 comments:
Difahamkan rumah ini antara rumah anak yatim yang amat memerlukan bantuan. Saya amat berharap jika dapat membantu penghuni rumah ini semampu yang mungkin. Mudah-mudahan anak-anak ini sentiasa berada di bawah lindungan-Nya....Amiin.
Kg aku ni
d mana bah nie? boleh bgi alamt lengkap ka
Post a Comment