Saturday, August 8, 2009

AMALAN-AMALAN SUNAT DI BULAN SYA'BAN


BULAN SYA'BAN :

Persediaan Di Ambang Ramadhan

Setiap bulan dalam sepanjang tahun mengikut kiraan taqwim Hijriyyah mempunyai kelebihan tertentu dan keistimewaan beribadat di dalamnya. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta‘ala menciptakan hari atau bulan itu ada yang baik dan ada yang lebih baik. Sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai kelebihan bulan Muharram, Rejab, Sya‘ban, Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sebagai b
ulan-bulan yang istimewa. Begitu juga dengan hari-hari tertentu seperti Juma‘at, Khamis dan Isnin mempunyai pelbagai fadhilat.

Bulan Sya‘ban Dan Galakkan Beribadat Di Dalamnya
Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban. Bulan Sya‘ban juga mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang ahli ibadat sebagai masa mengaut pahala. Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di mana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam akan lebih banyak berpuasa di b
ulan ini. Pernah diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah berpuasa sunat dalam sebulan, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya‘ban. Dalam makna yang lain Baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya‘ban dibandingkan bulan-bulan yang lain. Oleh kerana itu amatlah dituntut bagi umat Islam mencontohi apa yang dilakukan oleh Baginda itu kerana selain memperbanyak amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.


Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

1. Memperbanyak puasa sunat. Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan beristiqhfar
Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum(terpelihara dari dosa) ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.


Manusia biasa mana yang terlepas dari berbuat dosa. Teringat saya pernah berbual-bual dengan seorang cikgu. Dia kata "Kita ni kalau Allah buka aib kita, nescaya tahulah rupanya kita ni tidak baik". Tersentuh juga dengan statement tu. Rasa malu sangat dengan Allah. Namun, taubat nasuha hanya akan tercapai dengan (bukan setakat tersentuh saja), tapi dengan syarat:

1. Hendaklah kita meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Hendaklah kita benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.

3. Hendaklah kita berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.


Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan manusia lain, maka hendaklah membersihkan diri daripada hak orang itu atau kita kena memohon maaf kepada orang berkenaan. Kalau sudah bertaubat, hendaklah kita sentiasa mendekatkan diri pada Allah SWT dengan memohon keberkatan atas setiap apa yang kita lakukan atau dengan kata lain sentiasa ingat Allah dan letakkan Allah teratas di hati kita. Moga-moga kita menjadi hambaNya yang bertaqwa.

Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah " ASTAGHFIRULLAHAL A'ZIM " bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.

Bukannya lafaz " ASTAGA " yang popular dalam masyarakat Tawau, ataupun yang terkini " ASPALELA " , yang sering dimain-mainkan lafaznya oleh anak muda sekarang. berhati-hatilah sahabatku, jangan bermain-main dengan lafaz Taubat & Istighfar ini. Nantinya bukan keampunan Allah yang kita raih, tetapi Kemurkaannya pula yang menanti !!! Wal Iyazubillah..


3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.
Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:

i. Menenangkan hati: Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:
Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan. Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.

iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan. iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah: Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.

Antara keistemewaan amalan zikir itu pula ialah:

i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa walaupun sedang melakukan pekerjaan tanpa terikat dengan waktu. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, tidur, berdiri dan baring.


ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar. Walau bagaimanapun makruh berzikir secara lisan ketika berada di dalam tandas. Begitu juga dengan perkara doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan cara merendahkan diri dan tawadhu‘ kepadaNya.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain?

Baginda bersabda:


Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.
(Hadis riwayat an-Nasaie)

p/s : Untuk peringatan diri saya terutamanya dan kepada para muslimin dan muslimat. Mudah-mudahan kita sentiasa istiqomah dalam setiap amal kita dan lurus hati kita dengan niat yang ikhlas kerana Allah. InsyaAllah...Amin.

SUMBER : http://zaimhilmi.blogspot.com

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Click 'PLAY' for listening very nice Al-Quran recitations

Halwa Telinga Penyejuk Jiwa


width="228"height="128"name="FlashContent"allowscriptaccess="never" type="application/x-shockwave-flash" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer">
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity